PAU 2021: Zahid Hamidi berjaya mengembalikan UMNO terajui kerajaan

KUALA LUMPUR: Meskipun Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ditohmah sebagai Presiden UMNO yang tiada hala tuju, namun beliau berjaya mengembalikan UMNO untuk menerajui beberapa negeri seperti Perak, Melaka dan Johor malah kerajaan Pusat.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, malah UMNO hampir terkubur di Sabah telah bangkit dan kini mempunyai 16 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Selain itu, di bawah kepimpinan Ahmad Zahid, Perdana Menteri kini merupakan seorang pemimpin daripada UMNO.

“Dalam Ucapan Penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2018 di dewan ini, Presiden menyebut bahawa sebelum PRU-15, UMNO mesti memimpin kerajaan Malaysia. Firasatnya itu terbukti benar bila Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 21 Ogos 2021.

“Justeru, bila selesai perhimpunan ini, maka kita mesti bersiap siaga, demi ‘Abata’ Agama, Bangsa dan Tanah Air, bersedia untuk menghadapi peperangan politik Pilihan Raya Umum Ke-15. Jentera yang tersusun rapi dengan langkah yang berstrategi, Insya-Allah akan memberikan kita kemenangan,” katanya dalam Majlis Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini.

PAU 2021: Zahid Hamidi berjaya mengembalikan UMNO terajui kerajaan

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir, Anwar & Hadi sudah tidak releven dalam politik negara

Muafakat Nasional kemungkinan terkubur kerana ego PAS

Memalukan! Tiga wanita bergelek di majlis akhir tahun sekolah tahfiz [VIDEO]

Rafizi tidak mahu ‘langgar’ Anwar kerana mahu parti stabil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker