PAU 2021: Perwakilan mahu Barisan Nasional masuk PRU-15 secara solo

KUALA LUMPUR: UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak boleh lagi bergantung kepada parti lain termasuk Pas di atas landasan Muafakat Nasional (MN) demi menumpang sokongan dalam mana-mana pilihan raya bagi membentuk kerajaan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pemuda UMNO Tebrau, Fauzi Faizal berkata, keputusan parti untuk bergerak solo dalam tiga pilihan raya negeri (PRN) membuktikan rakyat kini kembali kepada BN setelah menilai pimpinan mana yang boleh mentadbir negara dengan baik.

“Saya setuju dengan ucapan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bahawa kita tidak perlu bergantung kepada parti lain untuk menang dalam pilihan raya.



“Malah beliau (Mohamad) dengan menyatakan bahawa kerajaan hari ini dilihat stabil daripada politik dan ekonomi di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang merupakan Naib Presiden UMNO,” katanya ketika ditemui di sini.

Kelmarin, Mohamad menegaskan UMNO perlu membuang budaya mencari talian hayat dengan parti lain untuk kekal berkuasa di negara ini apabila pemikiran gemar bergantung kepada parti lain itu perlu segera dihentikan.

Apatah lagi katanya, bergantung dengan Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atau Pakatan Harapan (PH) sebagai talian hayat dan nyawa simpa­nan perlu ditolak segera.

Sebaliknya, Ketua Penera­ngan UMNO Pasir Salak, Mohd. Saffek Mohd. Saleh pula berkata, pintu Muafakat Nasional (MN) perlu terus dibuka bagi memberi ruang penyatuan serta kemenangan yang meluas kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.



“MN ini perlu diteruskan untuk kemenangan lebih besar. Kalau tutup, mungkin menyempitkan peluang untuk menang. Sebab jika Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan bergabung, BN akan kalah. Kalau teruskan dengan MN, kemungkinan BN terus kekal memerintah itu ada.

“Dalam masa yang sama, sentimen PRU tidak sama dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) kerana jika berlaku PRN, jentera seluruh kawasan akan membantu, tetapi kalau PRU kita kena ber­gantung dengan kekuatan sen­diri. Jadi, peluang menang itu agak tipis,” katanya. – UTUSAN

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir, Anwar & Hadi sudah tidak releven dalam politik negara

Muafakat Nasional kemungkinan terkubur kerana ego PAS



Memalukan! Tiga wanita bergelek di majlis akhir tahun sekolah tahfiz [VIDEO]

Rafizi tidak mahu ‘langgar’ Anwar kerana mahu parti stabil



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker