PAU 2021: Perwakilan mahu Barisan Nasional masuk PRU-15 secara solo
KUALA LUMPUR: UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak boleh lagi bergantung kepada parti lain termasuk Pas di atas landasan Muafakat Nasional (MN) demi menumpang sokongan dalam mana-mana pilihan raya bagi membentuk kerajaan.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pemuda UMNO Tebrau, Fauzi Faizal berkata, keputusan parti untuk bergerak solo dalam tiga pilihan raya negeri (PRN) membuktikan rakyat kini kembali kepada BN setelah menilai pimpinan mana yang boleh mentadbir negara dengan baik.
“Saya setuju dengan ucapan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bahawa kita tidak perlu bergantung kepada parti lain untuk menang dalam pilihan raya.
“Malah beliau (Mohamad) dengan menyatakan bahawa kerajaan hari ini dilihat stabil daripada politik dan ekonomi di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang merupakan Naib Presiden UMNO,” katanya ketika ditemui di sini.
Kelmarin, Mohamad menegaskan UMNO perlu membuang budaya mencari talian hayat dengan parti lain untuk kekal berkuasa di negara ini apabila pemikiran gemar bergantung kepada parti lain itu perlu segera dihentikan.
Apatah lagi katanya, bergantung dengan Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atau Pakatan Harapan (PH) sebagai talian hayat dan nyawa simpanan perlu ditolak segera.
Sebaliknya, Ketua Penerangan UMNO Pasir Salak, Mohd. Saffek Mohd. Saleh pula berkata, pintu Muafakat Nasional (MN) perlu terus dibuka bagi memberi ruang penyatuan serta kemenangan yang meluas kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.
“MN ini perlu diteruskan untuk kemenangan lebih besar. Kalau tutup, mungkin menyempitkan peluang untuk menang. Sebab jika Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan bergabung, BN akan kalah. Kalau teruskan dengan MN, kemungkinan BN terus kekal memerintah itu ada.
“Dalam masa yang sama, sentimen PRU tidak sama dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) kerana jika berlaku PRN, jentera seluruh kawasan akan membantu, tetapi kalau PRU kita kena bergantung dengan kekuatan sendiri. Jadi, peluang menang itu agak tipis,” katanya. – UTUSAN
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tengku Zafrul letak jawatan jika pengeluaran ‘one-off’ KWSP dibenarkan
- PM mahu KWSP pastikan pengeluaran khas RM10,000 dipermudahkan
- Pengeluaran KWSP, UMNO berjaya! Ikrar akan terus juarai isu rakyat
- Farhash sindir ‘Raja Formula’ selepas Rafizi umum tanding timbalan presiden
- Dua wanita jual ‘karipap malam’ dirumah dicekup polis
- Menjelang PRU-15, BN-UMNO dilihat langkah kanan berdepan lawan
- Penyanyi Sensasi Baby Shima Dituduh Jual Arak Bukan Jamu [VIDEO]
- ‘Sanggup Berpanas Demi Rezeki’ – Bidadari Cantik Jual Pau Viral Rupanya Penyanyi Bienda [VIDEO]
- Kecelaruan dalam PAS melibatkan kepimpinan tertinggi
- Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO]
- ‘Seriau Tengok’ Heboh Foto Mayat Tangmo Nida Tular Di Media Sosial, Netizen Malaysia Tolong Siasat.
- Isteri tikam zakar suami guna lembing, mangsa lari ke rumah ibu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mahathir, Anwar & Hadi sudah tidak releven dalam politik negara
Muafakat Nasional kemungkinan terkubur kerana ego PAS
Memalukan! Tiga wanita bergelek di majlis akhir tahun sekolah tahfiz [VIDEO]