Kerajaan pintu belakang adalah Muhyiddin

Umno tidak rela parti itu dikaitkan dengan label kerajaan tebuk atau kerajaan pintu belakang.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata hal itu kerana bukan partinya yang terlibat dalam langkah tersebut.

“Kerajaan ‘tebuk atap’ atau ‘kerajaan pintu belakang’ tidak perlu dikaitkan dengan Umno. Bukan kita yang tebuk atap, dan bukan kita yang buka pintu belakang.

“Sampah sarap begini tidak harus dipalitkan kepada Umno,” katanya semasa menyampaikan ucapan dasar perhimpunan agung yang diadakan di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut ahli parlimen Bagan Datuk itu, Umno sebuah parti yang ada prinsip serta maruah, selain tidak boleh diugut-ugut seperti diancam ‘tekanan butang’ oleh parti lain.

Kerajaan pintu belakang diberikan pembangkang kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Kerajaan PN dibentuk Bersatu melalui kerjasama dengan Umno, PAS, GPS dan parti dari Sabah.

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mendapat mandat rakyat pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 lalu tumbang selepas Bersatu dan sebahagian ahli Parlimen PKR bertindak menarik sokongan.

Dalam pada itu Ahmad Zahid berkata, Umno bukan parti picisan dan gila kuasa seperti mana dakwaan pihak tertentu.

“Umno bukan parti picisan. Tidak juga seperti itik patah kaki.

“Umno dan BN bukan gila kuasa seperti dakwaan mereka. Tabur wang sana-sini untuk kekalkan penguasaan dalam kerajaan.

“Tabur janji palsu, fitnah dan tohmahan yang memburukkan orang lain,” katanya lagi.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir, Anwar & Hadi sudah tidak releven dalam politik negara

Muafakat Nasional kemungkinan terkubur kerana ego PAS

Memalukan! Tiga wanita bergelek di majlis akhir tahun sekolah tahfiz [VIDEO]

Rafizi tidak mahu ‘langgar’ Anwar kerana mahu parti stabil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker