PAU 2021: Tempat terhad kerana SOP, Itu punca PAS tak dijemput

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan (tengah) bercakap pada sidang media selepas selesai perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2021 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) malam ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Keputusan Umno tidak menjemput wakil PAS ke Perhimpunan Agung Umno (PAU) termasuk ketika majlis perasmian sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno malam ini adalah disebabkan oleh prosedur operasi standard (SOP) serta bilangan tempat duduk yang tidak mengizinkan.

Timbalan Presiden Mohamad Hasan memaklumkan perkara itu apabila diminta mengulas ketiadaan wakil PAS yang juga rakan dalam Muafakat Nasional (MN) di persidangan kali ini.

“Sebab tempat tak mengizinkan dan SOP, itu cakap bersopan,” katanya semasa sidang media selepas merasmikan persidangan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), malam ini.

Ditanya status hubungan dengan PAS dalam MN, Mohamad berkata kerjasama antara dua parti itu belum tertutup dan masih ada ruang untuk berbincang.

“MN belum ada penutup ia belum tamat lagi, kita kalau mengaji kita tamatkan, dia (MN) belum tamat lagi walaupun dah sampai ayat akhir tetapi belum kita khatamkan, jadi elok kita sama-sama fikir.

“Tetapi kita perlu jelaskan seperti saya sebutkan tadi, kita cuma akan bersama yang setia bukan orang yang banyak kolam, yang akhirnya nanti ramai orang akan keliru dan kita sendiri takut kita keliru,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata, usul desakan supaya pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan awal berkemungkinan akan dibawa ke mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi malam esok.

Beliau bagaimanapun tidak tahu mengenai usul yang akan dibawa dalam mesyuarat berkenaan, namun mengambil kira apa yang disampaikan malam tadi, ia merupakan sebahagian perkara yang akan dibincang bersama dalam mesyuarat tersebut.

“Boleh jadi sebab kita jawatankuasa usul adalah naib presiden kedua, yang akan bentangkan usul apa yang akan dibentangkan kepada Perhimpunan Agung Umno. Dia akan datang daripada jawatankuasa usul kerana jawatankuasa usul mengumpul segala usul di 190 bahagian, tidak termasuk Tanah Merah yang digantung,” katanya.

Terdahulu Mohamad menerusi ucapannya berkata, PRU15 harus diadakan “sekarang” dan bukan tahun hadapan, untuk memanfaatkan kepincangan parti lawan dan mengelak tindak balas mereka “mengkambinghitamkan” Umno-Barisan Nasional atas kesengsaraan rakyat.

PAU 2021: Tempat terhad kerana SOP, Itu punca PAS tak dijemput

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir, Anwar & Hadi sudah tidak releven dalam politik negara

Muafakat Nasional kemungkinan terkubur kerana ego PAS

Memalukan! Tiga wanita bergelek di majlis akhir tahun sekolah tahfiz [VIDEO]

Rafizi tidak mahu ‘langgar’ Anwar kerana mahu parti stabil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker