Britain sedia bertempur dengan Rusia

LONDON – Britain menyatakan kesediaannya untuk berperang dengan Rusia sekiranya Moscow melancarkan serangan ke atas negara-negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), lapor akhbar The Sun kelmarin.

Setiausaha Kesihatan negara itu, Sajid Javid memberi amaran kepada Kremlin kelmarin bahawa sebarang pencerobohan ke atas negara sekutu NATO akan mengakibatkan tindak balas signifikan.

“Kami telah menjelaskan dari awal bahawa sebarang cubaan untuk menyerang wilayah NATO akan membawa kepada peperangan berskala besar dengan kami semua.

“Walaupun hanya satu tapak kaki tentera Rusia melangkah masuk ke dalam wilayah NATO, ia bermaksud peperangan akan bermula.

“Mesej kami dari awal (serangan Rusia) adalah jelas. Sebarang serangan, apa-apa sahaja yang mengganggu wilayah NATO atau memberi kesan besar kepada NATO, ia bererti kami akan melaksanakan tindak balas,” kata Sajid.

Rusia pada malam kelmarin melancarkan serangan ke atas Ukraine di lokasi hanya 19 kilometer dari sempadan Poland, sekali gus meningkatkan kebimbangan terhadap konflik global.

Penduduk Poland yang tinggal berdekatan dengan kawasan tersebut dilaporkan dapat melihat letupan di langit dengan jelas.

Warsaw merupakan sebahagian daripada anggota bersekutu NATO yang turut terdiri daripada Britain, Amerika Syarikat, Perancis dan Jerman.

Artikel 5 Piagam NATO menyebut bahawa ahli-ahli sekutu perlu membantu sesama sendiri sekiranya terdapat negara anggota yang diserang.

Dalam pada itu, NATO menempatkan 30,000 anggota tentera dan 50 buah kapal perang di Norway, yang berhampiran dengan sempadan Rusia bagi tujuan menggiatkan latihan ketenteraan.

Latihan setiap dua tahun dinamakan sebagai Cold Response itu bermula kelmarin, di tengah-tengah tekanan meningkat antara Moscow dan blok Barat.

Ia melibatkan 30,000 anggota tentera dari lebih 25 buah negara Eropah dan Amerika Utara, 200 jet pejuang serta 50 kapal perang.

Latihan ketenteraan terbesar NATO yang diadakan hanya beberapa kilometer dari sempadan Rusia itu telah dirancang sebelum peperangan antara Rusia dan Ukraine tercetus. Bagaimanapun, ia kini dipergiatkan bagi menghadapi sebarang kemungkinan akibat daripada konflik tersebut.

“Latihan ketenteraan ini amat penting untuk keselamatan Norway dan negara-negara sekutu kami.

“Ia diadakan bukan disebabkan oleh serangan Rusia ke atas Ukraine, namun ekoran konflik itu, kepentingan latihan ketenteraan pada tahun ini dipertingkatkan,” kata Menteri Pertahanan Norway, Odd Roger Enoksen. – AGENSI

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor perkenan Onn Hafiz sebagai Menteri Besar Johor

Shafee Abdullah dakwa Hakim Nazlan telah hilang kelayakkan

Pelantikan MB Johor dijangka hari ini – Annuar Musa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker