AS takut jika Rusia-China bergabung

LVIV: Amerika Syarikat (AS) memberi amaran kepada China agar tidak menyalurkan bantuan ketenteraan mahupun kewangan kepada Rusia selepas pencerobohan negara itu terhadap Ukraine.

Amaran itu seolah-olah menunjukkan AS takut sekiranya China membantu Rusia kerana menyedari kuasa dan pengaruh kedua-dua negara itu amat besar.

Ketika ini, sekatan ke atas pemimpin politik dan perniagaan Rusia semakin meningkat dan orang awam di Ukraine berusaha melarikan diri dari pertempuran sengit kedua-dua pasukan tentera.



Menurut pegawai AS, Rusia meminta sokongan ketenteraan dan ekonomi dari China dan beijing dilihat seperti bersedia untuk menghulurkan ‘apa sahaja keperluan yang diminta Rusia’.

“Kami sudah menyatakan secara jelas kepada Beijing bahawa AS tidak akan berdiam diri.

“Kami tidak akan membenarkan mana-mana negara membayar pampasan kepada Rusia atas kerugiannya,” kata jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price.

Price berkata demikian selepas Penasihat Keselamatan Negara AS, Jake Sullivan bertemu dengan diplomat tertinggi China, Yang Jiechi di Rom.



Seorang pegawai AS memaklumkan pertemuan berlangsung selama tujuh jam itu disifatkan ‘tegang dan serius’.

Dalam pada itu, Moscow menafikan dakwaan AS dengan menegaskan Rusia mempunyai sumber mencukupi untuk memenuhi semua matlamatnya di Ukraine.

Kementerian Luar China pula melabelkan laporan berkaitan bantuan itu sebagai maklumat palsu.

Rundingan lanjut antara wakil Ukraine dan Rusia untuk meredakan krisis itu dijangka diadakan hari ini selepas perbincangan antara kedua-dua pihak semalam menerusi video berakhir tanpa sebarang kemajuan baharu.



Ribuan orang terbunuh dalam pertempuran dan pengeboman sengit sejak Presiden Rusia, Vladimir Putin melancarkan pencerobohan di Ukraine pada 24 Februari lalu.

Rusia menggelar tindakan berkenaan sebagai ‘operasi ketenteraan khas’ kononnya untuk menghapuskan pengaruh Nazi di negara itu.

Bagaimanapun, AS dan sekutunya menolak dakwaan Rusia dan menyifatkan tindakan itu sebagai alasan untuk melancarkan serangan yang bercanggah dengan undang-undang.

HENTI BERPERANG



Sekumpulan penunjuk perasaan antiperang dilaporkan mengganggu siaran langsung berita di studio televisyen Channel One di Rusia.

Stesen televisyen itu merupakan saluran berita utama bagi jutaan rakyat Rusia.

Seorang penunjuk perasaan wanita memegang plakad yang tertulis ‘Jangan Berperang, hentikan peperangan. Jangan percaya propaganda dan mereka berbohong kepada anda’.

 



SENJATA BIOLOGI 

Sementara itu, Kementerian Pertahanan Britain mendakwa Rusia mungkin merancang untuk menggunakan senjata kimia atau biologi di Ukraine.

Dakwaan itu dibuat tanpa mengemukakan sebarang bukti dan disokong oleh pegawai kerajaan AS.

Rusia sebelum ini mendakwa Ukraine merancang untuk menggunakan senjata biologi selepas mendedahkan AS membiayai program itu.



Bagaimanapun, dakwaan Rusia tidak mendapat sambutan apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan pihaknya tidak mempunyai bukti bahawa Kyiv memiliki program sedemikian.

Semalam, Moscow membenarkan konvoi pertama dipindahkan dari bandar Mariupol yang dikepung.

“Dalam tempoh dua jam pertama, sebanyak 160 jentera tentera meninggalkan bandar pelabuhan itu,” kata wakil Majlis Perbandaran Mariupol, Andrei Rempel. – REUTERS 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor perkenan Onn Hafiz sebagai Menteri Besar Johor

Shafee Abdullah dakwa Hakim Nazlan telah hilang kelayakkan

Pelantikan MB Johor dijangka hari ini – Annuar Musa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker