Khairuddin ada hak tinggalkan PAS walaupun langkah itu terburu-buru

ARAU: Tindakan Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali keluar Pas sangat mendukacitakan malah disifatkan mengambil langkah terburu-buru.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata, Pas akan berusaha mendapatkan penjelasan Ahli Parlimen Kuala Nerus itu tentang tindakannya.

Beliau bagaimanapun tetap menghormati keputusan Mohd. Khairuddin yang mempunyai hak untuk memilih kekal bersama Pas atau sebaliknya.

Menurut Hashim, ahli Pas perlu menerima keputusan tersebut dan kemungkinan suatu hari nanti Mohd. Khai­ruddin akan pulang ke pangkal jalan.

“Apabila dia (Mohd. Khairuddin) keluar Pas, kita menghormati keputusannya meskipun tindakan keluar daripada jemaah satu perkara yang sangat mendukacitakan.

“Semasa mesyuarat Majlis Syura sebelum ini, dia tidak pernah memberi sebarang isyarat keluar Pas tetapi hanya mengumumkan perletakan jawatan sebagai Setiausaha Majlis Syura. Memang mengejutkan keluar Pas, kerana kita bukan pecat dia daripada Pas,” katanya.

Kelmarin, Mohd. Khairuddin mengumumkan keluar daripada parti Pas dan akan menyerahkan semua elaun bulanannya sebagai ahli parlimen kepada parti itu.

Bagaimanapun, Mohd. Khai­ruddin enggan mendedahkan puncanya berbuat demikian dan dengan keputusan tersebut, beliau akan memainkan peranan sebagai ahli Parlimen Bebas di Dewan Rakyat.

Sebelum itu, Mohd. Khai­ruddin mendakwa, budaya politik matang sejahtera yang menjadi dasar Pas selama ini sudah dibuang jauh ke dalam Laut China Selatan.

Mengulas lanjut, Hashim berkata, keputusan Mohd. Khairuddin keluar Pas diakui memberi kesan kerana beliau juga merupakan pemimpin yang berpengaruh di dalam parti itu.

Katanya, namun tindakan pemimpin keluar masuk Pas adalah perkara biasa dan parti itu tidak akan pernah sesekali lari daripada perjuangan me­negakkan Islam ini.

“Kita juga akan mendapatkan penjelasan Khairuddin berhubung permohonannya untuk keluar daripada parti itu memandangkan ia adalah keputusan yang agak mengejutkan,” katanya.

Ditanya sama ada tindakan Mohd. Khairuddin itu berkemungkinan kecewa dengan pendirian Pas khususnya dalam soal Muafakat Nasional (MN), Hashim berkata, soal MN dilihat bukan sebagai puncanya.
“Namun memang diakui Khairuddin sememangnya pendukung kuat MN,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor perkenan Onn Hafiz sebagai Menteri Besar Johor

Shafee Abdullah dakwa Hakim Nazlan telah hilang kelayakkan

Pelantikan MB Johor dijangka hari ini – Annuar Musa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker