Agensi umrah didakwa bolot tiket penerbangan

Agensi umrah didakwa bolot tiket penerbangan

Sesetengah agensi umrah di negara ini didakwa membolot tiket penerbangan disediakan syarikat penerbangan tempatan untuk ke Tanah Suci, yang menjadi antara punca kenaikan mendadak kos mengerjakan umrah kebelakangan ini.

Mendedahkan perkara itu, Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham, berkata mengikut harga semasa, tiket penerbangan umrah hanya sekitar RM2,700 hingga RM2,800, tetapi dijual semula oleh agensi terbabit sekitar RM4,800 hingga RM5,000.

“Ini satu-satunya punca kenaikan pakej umrah yang boleh kita (Malaysia) kawal, tetapi belum ada tindakan sewajarnya diambil untuk menyekat monopoli empat hingga lima syarikat umrah tempatan yang membolot tiket penerbangan dan menjualnya semula dengan harga lebih tinggi.

“Mereka hanya membayar sekitar 10 peratus deposit untuk membeli keseluruhan tiket bagi satu penerbangan. Ini menyebabkan agensi umrah terutama yang kecil tak dapat beli terus tiket dengan syarikat penerbangan kerana semua tempat duduk sudah dibolot,” katanya kepada BH, semalam.

Perbuatan sudah lama

Razali berkata, berdasarkan maklumat diterima pihaknya, perbuatan itu sudah lama berlarutan dengan sekurang-kurangnya 120,000 tiket penerbangan ke Tanah Suci dijual semula dalam tempoh setahun sebelum ini.

Katanya, monopoli tiket turut menyebabkan beberapa syarikat penerbangan antarabangsa bertindak menaikkan harga tiket penerbangan masing-masing ke Tanah Suci berikutan permintaan yang tinggi.

“Situasi memang makin meruncing kerana apabila ada syarikat umrah ambil kesempatan menjual semula tiket penerbangan dengan harga tinggi, maka syarikat penerbangan antarabangsa lain akan turut ambil langkah sama.

“Disebabkan tiket penerbangan disediakan syarikat penerbangan tempatan untuk ke Tanah Suci habis cepat, permintaan diterima syarikat penerbangan antarabangsa juga meningkat, sekali gus turut menjual tiket pada harga lebih mahal, sekitar RM4,200 hingga 4,500 untuk seorang jemaah,” katanya.

Sehubungan itu, Razali menggesa kerajaan mengambil tindakan pantas menyiasat perbuatan monopoli tiket penerbangan umrah kerana khuatir ia akan menyebabkan kos mengerjakan ibadat itu terus meningkat jika tidak dibendung.

“Syarikat penerbangan antarabangsa yang naikkan harga tiket penerbangan dapat penuh keuntungan itu, tetapi syarikat penerbangan tempatan kita yang jual tiket antara RM2,700 hingga RM2,800 itu, untungnya begitu juga sebab untung daripada perbezaan harga hingga RM5,000 itu ialah agensi umrah.

“Sebab itu saya gesa syarikat penerbangan untuk kawal dan siasat perkara ini kerana ia menyebabkan agensi umrah yang kecil menerima kesan ketara, manakala jemaah pula perlu membayar lebih. Malah, ada yang terpaksa tangguh tunai umrah kerana kosnya naik terlalu mendadak,” katanya.

Belum ada penyelesaian

Beliau mendakwa, PAPUH pernah mengemukakan masalah itu kepada kementerian berkaitan, namun kecewa tiada tindakan susulan, menyebabkan isu bolot tiket penerbangan umrah masih berterusan dan belum ada penyelesaian.

“Pengurusan syarikat penerbangan tempatan juga tahu mengenai isu ini, namun tiada juga penyelesaian,” katanya.

Katanya, beberapa persatuan agensi pelancongan termasuk PAPUH, Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) dan Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA) akan membincangkan isu kenaikan harga pakej umrah, hari ini.

Semalam, BH melaporkan ada bakal jemaah terpaksa mengatur semula perjalanan berikutan pembatalan pada saat akhir, selain terbeban apabila perlu membayar kos tambahan mencecah ribuan ringgit.

Berdepan kemungkinan kos meningkat sehingga 200 peratus, jemaah mengakui tiada pilihan kerana syarikat pengendali umrah lain turut mengambil langkah sama menaikkan harga pakej. BH

Agensi umrah didakwa bolot tiket penerbangan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Akibat Dipukul Polis, Lelaki Ini Hilang ‘Telur’ [VIDEO]

Mati hidup semula: Wanita terkejut lihat mendiang suami dalam video promosi restoran

Minat Tarian Singa Sejak Kecil, Tengok Abang Masuk Pertandingan – Siti Aishah [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker