Isteri Kedua Timbalan Menteri Pertanian Nik Muhammad Zawawi Meninggal Dunia

Isteri Kedua Timbalan Menteri Pertanian Nik Muhammad Zawawi Meninggal Dunia

Isteri kedua Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Taman Kosas, Ampang, Selangor kira-kira pukul 1.05 petang tadi.

Allahyarhamah Wan Sofia Eliana Wan Yusof,40, menghidap penyakit kanser sejak tujuh bulan lalu meninggalkan seorang anak lelaki dan dua anak perempuan.

Jurucakap Pejabat Ahli Parlimen Pasir Puteh memaklumkan, jenazah akan dibawa pulang ke rumah ahli keluarga arwah di Pulau Gajah, Pengkalan Chepa petang ini.

Katanya, pengebumian arwah akan dijalankan di Tanah Perkuburan Islam Melawi, Bachok dijangka pada pukul 10 pagi esok.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Pas Pasir Puteh, Wan Hassan Wan Ibrahim berkata, seluruh kepimpinan Pas Pasir Puteh merakamkan ucapan takziah di atas pemergian isteri Nik Muhammad Zawawi yang juga Ahli Parlimen Pasir Puteh.

“Takziah diucapkan dan bertabah menghadapi dugaan dan ketentuan-Nya dengan pemergian isteri yang tersayang,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Isteri Kedua Timbalan Menteri Pertanian Nik Muhammad Zawawi Meninggal Dunia

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor perkenan Onn Hafiz sebagai Menteri Besar Johor

Shafee Abdullah dakwa Hakim Nazlan telah hilang kelayakkan

Pelantikan MB Johor dijangka hari ini – Annuar Musa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker