Hasni Dititah Hadir Ke Majlis Angkat Sumpah MB Johor

Hasni Dititah Hadir Ke Majlis Angkat Sumpah MB Johor

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad dititah hadir pada majlis angkat sumpah Menteri Besar Johor ke-19, pada jam 3 petang ini.

Sumber BN memaklumkan, Hasni yang juga Pengerusi UMNO Johor dititahkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bagi menyaksikan majlis angkat sumpah berkenaan.



“Hasni ketika ini masih di kediaman rasmi sebelum bertolak ke Istana Bukit Serene.

“Sultan Ibrahim menitahkan supaya Hasni hadir pada majlis angkat sumpah Menteri Besar Johor ke-19 jam 3 petang ini.

“Sejurus selesai acara angkat sumpat Menteri Besar baharu, Hasni akan terus bertolak ke Kuala Lumpur bagi menghadiri Mesyuarat Pengurusan Majlis Tertinggi UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO yang akan bermula esok,” katanya ketika dihubungi.

Hasni dilantik sebagai Menteri Besar ke-18 pada 28 Februari 2020.



Beliau adalah Menteri Besar yang ketiga dilantik selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 2018, selepas Allahyarham Datuk Osman Sapian dan Datuk Dr Sahruddin Jamal.-HM

Kenderaan bawa Hasni tiba di Istana Bukit Serene

Kenderaan yang dipercayai membawa Menteri Besar terdahulu, Datuk Seri Ir. Hasni Mohamad memasuki pekarangan Istana Bukit Serene, Johor Bahru hari ini.

Kenderaan pelbagai guna jenis Toyata Velfire dilihat memasuki pintu belakang istana kira-kira pukul 2.17 petang.



Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut membuat kunjungan ke istana bagi menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Sultan Johor, TMJ tiba istana Bukit Serene

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dilihat memasuki pekarangan Istana Bukit Serene tepat pada pukul 2.54 petang, sebentar tadi.

Baginda dilihat memasuki pekarangan itu dengan menaiki kenderaan jenis Rolls-Royce sambil diiringi kenderaan pengiring.



Terdahulu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut dilihat memasuki pekarangan istana berkenaan pada pukul 2.40 petang.

Difahamkan, Menteri Besar Johor yang baharu akan mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada pukul 3 petang ini untuk ditauliahkan secara rasmi.

Sejak semalam, isu pemilihan Menteri Besar Johor yang baharu menjadi bualan hangat dalam kalangan rakyat dan juga parti politik susulan terdapat tiga nama disebut-sebut bakal memegang jawatan itu.

Ketiga-tiga mereka ialah bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad; bekas Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Onn Hafiz Ghazi, dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Puad Zarkashi.

Difahamkan, Onn Hafiz telah berada di dalam Istana Bukit Serene dengan memasuki istana itu melalui pintu belakang



Hasni Dititah Hadir Ke Majlis Angkat Sumpah MB Johor

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor perkenan Onn Hafiz sebagai Menteri Besar Johor

Shafee Abdullah dakwa Hakim Nazlan telah hilang kelayakkan

Pelantikan MB Johor dijangka hari ini – Annuar Musa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker