PRU-15 awal agenda PAU

 

JOHOR BAHRU: Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) menjadi agenda Perhimpunan Agung UMNO (PAU) hujung minggu ini, berikutan kemenangan selesa Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang menjadi faktor lonjakan desakan supaya Perdana Menteri segera membubarkan Parlimen.

Sumber UMNO membe­ritahu Utusan Malaysia, ia bagi mengekalkan momentum BN untuk mentadbir negara tanpa kerjasama daripada mana-mana parti lain di samping menjadi kerajaan lebih stabil dan utuh.

Menurut sumber itu, pelaksanaan PRU15 lebih awal juga perlu bagi mengambil kesempatan terhadap perpecahan berlaku dalam kalangan pembangkang, yang dilihat kini gagal mewujudkan satu ‘khemah besar’.

“Di Johor, pembangkang gagal mewujudkan khemah besar. Oleh kerana perpecahan itu, banyak undi berpihak kepada BN. Jika kita lambat membuat gerakan, BN mungkin ‘terduduk’ sekali lagi seperti PRU14.

“Jadi, dengan momentum yang ada sekarang, daripada Melaka, Sarawak, dan Johor, BN perlu terus bergerak dan PRU perlu diadakan awal,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Pada PRN Johor, BN meraih kemenangan majoriti dua pertiga sekali gus mampu bagi membentuk kerajaan negeri yang kukuh di negeri itu.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh ketika mengumumkan keputusan rasmi berkata, BN memenangi 40 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Pakatan Harapan (PH) memenangi 11 kerusi, manakala PKR hanya menang satu daripada 20 kerusi yang ditandingi.

Perikatan Nasional (PN) yang terdiri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu); Pas dan Gerakan pula menang tiga daripada 56 kerusi yang ditan­dingi gabungan itu.

Sementara itu, parti Muda pimpinan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga hanya memenangi satu kerusi iaitu DUN Puteri Wangsa.

Selain itu, Parti Warisan yang melebarkan sayap ke Semenanjung pula gagal memenangi mana-mana kerusi DUN.

Dalam pada itu, sumber memberitahu, jika mengikut kiraan undi PRN Johor, BN masih dilihat ‘tidak selamat’ kerana parti itu akan kalah sekiranya Perikatan Nasional (PN) bertindak bekerjasama dengan pembangkang dalam khemah besar.

“Saingan kalau kita lihat bukan antara BN dan Pakatan Harapan (PH), tetapi lebih kepada BN dan PN. Walaupun mereka ha­nya menang tiga kerusi, namun dari segi kiraan undi, parti itu memberi persaingan yang se­ngit kepada BN,” ujarnya.

Justeru, masa yang terbaik mengadakan PRU15 adalah antara Mei ke Julai tahun ini.-UTUSAN

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Muhyiddin lari malam tewas secara keseluruhan dalam PRN Johor

Bangsa Johor tolak Pejuang, Mahathir sudah tidak releven

Not For Sale! Arowana ‘Kembar Siam’ Menjadi Tumpuan Ramai [VIDEO]

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker