Model Dan Isteri Justin Bieber, Hailey Diserang Strok

Model dan Isteri Justin Bieber, Hailey Diserang Strok

HAILEY Bieber, isteri kepada bintang popular Justin Bieber, telah dimasukkan ke sebuah hospital di Palm Springs Amerika Syarikat awal minggu lalu, selepas mengalami gejala serangan strok.

Peragawati berusia 25 tahun itu bagaimanapun telah dibenarkan keluar dari hospital selepas lebih seminggu menerima rawatan.

“Pada pagi Khamis, saya sedang bersarapan bersama suami apabila saya mula mengalami simptom seperti strok dan dibawa ke hospital,” kata Hailey dalam satu kenyataan di Instagram Story.

“Doktor mendapati terdapat ketulan darah beku yang kecil di otak saya, menyebabkan kekurangan oksigen, tetapi badan saya berjaya mengatasinya dan saya pulih selepas beberapa jam.

“Walaupun ini pastinya salah satu detik paling menakutkan, saya kini di rumah dan sihat, dan saya sangat berterima kasih kepada semua doktor dan jururawat yang menjaga saya,” tulisnya.

Terdahulu, suaminya, Justin disahkan positif COVID-19 bulan lalu. Justin, 28, bagaimanapun telah pulih sepenuhnya-Daily Express

Model dan Isteri Justin Bieber, Hailey Diserang Strok

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Muhyiddin lari malam tewas secara keseluruhan dalam PRN Johor

Bangsa Johor tolak Pejuang, Mahathir sudah tidak releven

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker