Walaupun 2 kali kecundang, PAS tetap bersama PN
BUKIT GANTANG – Pas akan terus bersama Perikatan Nasional (PN) menyantuni rakyat sambil berlapang dada dengan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam, kata Naib Presidennya, Datuk Idris Ahmad.
Beliau berkata, walaupun PN hanya memenangi tiga kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong, Maharani dan Endau, gabungan tersebut akan terus bersama-sama menyuburkan konsep perpaduan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti.
“Jangan diukur keputusan pada PRN Melaka dan Johor. Kita baru lagi bersama. Kita terima kekalahan dan akan sediakan satu perancangan untuk bergerak ke hadapan menghadapi PRU15. Apa yang penting adalah perpaduan,” katanya selepas menyampaikan hadiah pertandingan futsal Parlimen Bukit Gantang di sini pada Ahad..
Pada PRN Johor, Barisan Nasional menang 40 daripada 56 kerusi DUN, diikuti Pakatan Harapan (11), PN (tiga), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (satu) dan Parti Keadilan Rakyat (satu).
Dalam pada itu, Idris yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata, para agamawan termasuk ustaz diminta menyebar luas kepentingan mengambil vaksin melalui kuliah dan ceramah bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat.
“Pas bukan cakap mengenai agama Islam sahaja tetapi juga berkaitan kesihatan kerana ia sebahagian daripada Islam. Kalau kita sakit kita kena cari ubat, penawar. Begitu juga untuk melawan mitos, kita kena bercakap menggunakan fakta kenapa pentingnya mengambil vaksin melalui kuliah dan ceramah,” katanya. – Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/192663/Pilihan-Raya/PRN-Johor/Pas-akan-terus-bersama-PN-santuni-rakyat
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- KEPUTUSAN RASMI: BN menang majoriti 2/3 dalam PRN Johor
- MCA rampas 4 kerusi, DAP akui mula hilang pengaruh
- PRN Johor: Keputusan PRN Johor Isyarat Rakyat Tidak Suka Dipermainkan – Mohamad Hasan
- ‘Sanggup Berpanas Demi Rezeki’ – Bidadari Cantik Jual Pau Viral Rupanya Penyanyi Bienda [VIDEO]
- Kronologi kejadian tanah runtuh dari 2021 hingga kini
- Mangsa Terakhir Ditemui Maut, Insiden Tanah Runtuh Di Taman Bukit Permai 2 Ragut Empat Nyawa
- Tarikh semakan tawaran ke sekolah khusus 2021 ditetapkan 15 Mac ini
- PRN Johor: Cukup-cukuplah dikencing ‘Atuk’ selama 22 bulan
- Netizen Marahkan Tindakan Ibu Tangmo Nida Sanggup Maafkan Suspek Selepas Terima Pampasan
- Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO]
- Zeti dan keluarga terima dana 1MDB, Mahathir kata tidak tahu
- PRN Johor: Calon MUDA Menipu Ibu Sendiri, Apa Jaminan Tidak Menipu Pengundi?
- ‘Seriau Tengok’ Heboh Foto Mayat Tangmo Nida Tular Di Media Sosial, Netizen Malaysia Tolong Siasat.
- PPV Mega ditutup bermula 16 Mac – KP Kesihatan
- PM sahkan sempadan negara dibuka menjelang Hari Raya
- Isteri tikam zakar suami guna lembing, mangsa lari ke rumah ibu
- Muhyiddin Dan Mahathir Punca Kewangan Negara Tenat – Isham Jalil
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Muhyiddin lari malam tewas secara keseluruhan dalam PRN Johor
Not For Sale! Arowana ‘Kembar Siam’ Menjadi Tumpuan Ramai [VIDEO]