PRN Johor: Hasni Calon Tunggal MB Untuk Perkenan Sultan Johor

PRN Johor: Hasni Calon Tunggal MB Untuk Perkenan Sultan Johor

Datuk Seri Hasni Mohammad akan dicadangkan sebagai calon tunggal Menteri Besar untuk mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, nama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor berkenaan akan dikemukakan kepada baginda untuk pertimbangan selanjutnya.

Beliau yang tidak menyebut sebarang nama lain berkata, pencalonan tunggal sedemikian bertujuan memberi ruang kepada kestabilan pentadbiran kerajaan negeri dan jaminan terhadap pelbagai usaha pembangunan yang ingin dirintis.



“Saya akan mengemukakan nama Hasni agar mendapat perkenan Tuanku dan boleh meneruskan tugas sebagai Menteri Besar Johor.

“Kepada seluruh pengundi Johor, bagi pihak BN, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh pengundi, tetapi jangan lupa untuk mengundi BN pada PRU15 (Pilihan Raya Umum Ke-15) akan datang,” katanya pada sidang media di ibu pejabat UMNO Johor, di sini, lewat malam tadi.

BN mememangi 40 daripada 56 kerusi DUN Johor, diikuti Pakatan Harapan (PH) 11 kerusi, Perikatan Nasional (PN) (tiga) dan masing-masing satu kerusi oleh Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) serta PKR.

Ahmad Zahid turut mengambil kesempatan menzahirkan penghargaan dan menjunjung kasih atas perkenan Sultan Johor sebelum ini untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN), sekali gus mengembalikan mandat kepada rakyat di negeri ini.



Pasca pengumuman SPR, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berharap suara rakyat Johor yang dilihat kembali memberi sokongan kepada BN untuk menerajui pentadbiran negeri akhirnya tidak mengundang sebarang kekecewaan kepada baginda.

“Saya menjunjung kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia, Tuanku Sultan Ibrahim Iskandar, atas perkenan Tuanku untuk mengembalikan mandat kepada rakyat.

“Semoga kejayaan ini tidak akan mengecewakan Tuanku untuk BN mewujudkan kerajaan yang stabil di Johor,” katanya.-BH

PRN Johor: Hasni Calon Tunggal MB Untuk Perkenan Sultan Johor



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Muhyiddin lari malam tewas secara keseluruhan dalam PRN Johor



Not For Sale! Arowana ‘Kembar Siam’ Menjadi Tumpuan Ramai [VIDEO]

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker