PRN Johor: Calon Muda Bawah 30 tahun Masih Belum Mampu Peroleh Mandat Penduduk Johor

PRN Johor: Calon Muda Bawah 30 tahun Masih Belum Mampu Peroleh Mandat Penduduk Johor

Calon muda berusia bawah 30 tahun yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dilihat masih belum mampu memperoleh mandat daripada penduduk negeri itu meskipun kali pertama menyaksikan pelaksanaan Undi18.

Seramai lapan calon berumur bawah 30 tahun bertanding dalam PRN Johor dengan dua individu merupakan calon paling muda, yang kedua-duanya berusia 26 tahun.

Daripada lapan calon itu, hanya seorang calon iaitu Amira Aisya Abd Aziz, 27, daripada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang memperoleh kemenangan pertama untuk parti itu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa dengan majoriti 7,114 undi dalam pertandingan enam penjuru.

Beliau yang merupakan Setiausaha Agung MUDA menewaskan Ng Yew Aik (BN-MCA), Loh Kah Yong (PN-Gerakan), Dr Khairil Anwar Razali (Pejuang), Choong Shiau Yoon (Parti Bangsa Malaysia) dan Adzrin Adam (Bebas).



Secara keseluruhan, 63 calon berusia 40 tahun dan ke bawah daripada 239 calon bertanding pada PRN Johor dengan Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan calon paling ramai iaitu 14 individu, diikuti Perikatan Nasional (13), Pejuang (11), Pakatan Harapan (10), MUDA (tujuh), PKR (empat) dan PBM (dua).

Dua lagi calon ialah daripada Parti Warisan yang bertanding di kerusi DUN Bukit Batu dan calon Bebas di DUN Kempas.

Bagaimanapun, 14 calon daripada 63 calon berusia bawah 40 tahun mempamerkan prestasi cemerlang apabila berjaya mendapat mandat daripada penduduk di negeri selatan tanah air itu.

Calon PH Marina Ibrahim, 34, daripada DAP yang kali pertama bertanding dalam pilihan raya bagi kerusi DUN Skudai memperoleh kemenangan dengan majoriti paling besar dalam kalangan calon muda berusia 40 tahun dan ke bawah selepas mendapat 26,359 undi dengan majoriti 13,943 undi.



Dalam pertandingan tiga penjuru itu, beliau yang masih positif COVID-19 menewaskan Yeo Kwee Kwang (PN-Bersatu) dan Shen Poh Kuan (BN-MCA).

Empat lagi calon PH-DAP yang turut menang adalah Ng Kor Sim, 38, yang memperoleh majoriti 7,001 undi dalam pertandingan tiga penjuru bagi kerusi DUN Jementah; Ee Chin Li, 39, mendapat majoriti 372 undi dalam pertandingan lima penjuru bagi kerusi DUN Tangkak; Liow Cai Tung, 36, memenangi kerusi DUN Johor Jaya dengan majoriti 1,922 undi dalam pertandingan empat penjuru manakala Wong Bor Yang, 35, memperoleh majoriti 5,921 undi dalam pertandingan tiga penjuru bagi kerusi DUN Senai.

Calon muda BN pula menyaksikan lapan orang berjaya memenangi kerusi ditandingi iaitu DUN Bukit Pasir yang dimenangi Mohamad Fazli Mohamad Salleh, 35, dengan majoriti tipis 198 undi; Mohd Hairi Mad Shah, 37, (DUN Larkin, majoriti 6,178 undi); Ling Tian Soon, 38, (DUN Yong Peng, majoriti 2,741 undi); Norlizah Noh, 38, (DUN Johor Lama, majoriti 6,039 undi) dan K. Raven Kumar, 39, (DUN Tenggaroh, majoriti 1,356 undi).

Mohamad Najib Samuri yang berusia 39 tahun pula memenangi kerusi DUN Parit Yaani dengan majoriti 294 undi; Aznan Tamin, 37, memperoleh majoriti 5,903 undi bagi kerusi DUN Tanjung Surat dan Lee Ting Han, 31, mendapat majoriti 3,176 undi bagi kerusi DUN Paloh.



Sementara itu, satu daripada empat calon muda yang dipertaruhkan PKR iaitu Chiong Sen Sern berusia 32 tahun memenangi kerusi DUN Bukit Batu dengan majoriti tipis 137 undi selepas menewaskan calon BN-MIC S Suppayah, Tan Heng Choon (PN-Gerakan) dan Lee Ming Wen (Warisan).

PRN kali ini menyaksikan BN memenangi 40 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan, sekali gus membolehkan parti berkenaan membentuk kerajaan negeri, manakala PH memenangi 11 kerusi, PN (tiga kerusi), manakala PKR dan MUDA pula masing-masing satu kerusi.- BERNAMA

PRN Johor: Calon Muda Bawah 30 tahun Masih Belum Mampu Peroleh Mandat Penduduk Johor

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Johor kurang kesedaran politik Islam, Muhyiddin pertahan kenyataan Hadi

Tangmo Nida Dipaksa Layan Nafsu Lelaki VVIP Sebelum Jatuh Bot? [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Check Also
Close
Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker