Ikhtiar BN Johor Akan Dilaksanakan Berperingkat Bermula Dengan Belanjawan Johor 2023- Hasni

Ikhtiar BN Johor Akan Dilaksanakan Berperingkat Bermula Dengan Belanjawan Johor 2023- Hasni

Ikhtiar Barisan Nasional (BN) Johor akan dilaksanakan secara berperingkat, dengan dimulakan melalui Belanjawan Johor 2023.

Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad yang mengekalkan mandat penggal baharu sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut, berkata komitmen itu akan turut diiringi beberapa inisiatif utama lain.

Katanya, ia merangkumi reformasi pentadbiran negeri dan usaha membudayakan naratif politik baharu di Johor.

Beliau menegaskan, kejayaan BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, semalam, adalah amanah sangat besar daripada rakyat.



“Yakinlah bahawa demikian sememangnya hasrat saya. Dengan mandat anda semua, kerajaan negeri akan terus memajukan ekonomi, membela yang lemah dan memperkasakan golongan belia,” katanya pada sidang media di ibu pejabat UMNO Johor, malam tadi.

BN memenangi 40 daripada 56 kerusi DUN Johor, diikuti Pakatan Harapan (PH) sebanyak 11 kerusi, Perikatan Nasional (PN) (tiga) dan masing-masing satu kerusi oleh Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) serta PKR.

Tanpa mengira haluan sokongan pengundi, Hasni mengajak semua rakyat Johor untuk berganding bahu bersama pentadbiran kerajaan negeri yang baharu ke arah kemakmuran dan merintis kemajuan secara menyeluruh.

Beliau berkata, perbezaan ideologi, ahli dan parti politik sewajarnya tidak mengatasi kepentingan membina sosioekonomi Johor.



“Saya ingin mengajak semua rakyat Johor, sama ada yang menyokong BN ataupun tidak, untuk bersama-sama memakmur dan memajukan Johor Darul Takzim.

“Ingatlah bahawa tiada yang lebih besar daripada Johor Darul Takzim, jika nak dibandingkan dengan ideologi, ahli atau parti politik,” katanya.-BH

Ikhtiar BN Johor Akan Dilaksanakan Berperingkat Bermula Dengan Belanjawan Johor 2023- Hasni

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Johor kurang kesedaran politik Islam, Muhyiddin pertahan kenyataan Hadi

Tangmo Nida Dipaksa Layan Nafsu Lelaki VVIP Sebelum Jatuh Bot? [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker