MTUC gesa wajibkan gaji minimum RM1,500 kepada sektor swasta
SHAH ALAM – Kerajaan perlu mewajibkan gaji minimum RM1,500 kepada syarikat swasta melalui perintah gaji minimum.
Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Baharin Mansor berkata, kerajaan seharusnya memahami keperluan mendesak bagi pekerja swasta seperti pekerja pembersihan, pengawal keselamatan dan pekerja ladang yang bergaji RM1,200.
Menurutnya, komitmen kerajaan yang menyatakan setiap pekerja tetap syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) menerima gaji sekurang-kurangnya RM1,500 sebulan turut perlu diperluaskan kepada syarikat swasta.
“MTUC berterima kasih kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) kerana mengesahkan bahawa gaji minimum yang sepatutnya bagi pekerja di Malaysia adalah RM 1,500 selaras dengan tuntutan MTUC.
“Jutaan pekerja yang berpendapatan rendah yang menunggu gaji minimum RM1,500 sangat teruja dengan pengumuman Perdana Menteri ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sedang rancak berjalan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Beliau sehubungan itu menegaskan, pengumuman itu wajar dijadikan asas dan panduan kepada syarikat swasta bahawa sudah tiba masanya gaji minimum RM1,500 dilaksanakan atas alasan rakyat tertekan dengan kos sara hidup.
“Perdana Menteri seharusnya mewajibkan gaji minimum RM1,500 kepada sektor swasta melalui perintah gaji minimum dan bukannya hanya memberi nasihat kepada syarikat.
“Pengakuan Perdana Menteri bahawa pekerja yang mempunyai pendapatan rendah boleh dibantu dengan kenaikan gaji minimum RM1,500 adalah kenyataan yang benar,” katanya.
Menurut Kamarul Baharin, kajian dan perbincangan telah selesai dijalankan melibatkan kerajaan, kesatuan sekerja serta persatuan majikan dan sepatutnya kerajaan boleh mewajibkan kadar yang baharu setelah kajian dikemukakan kepada kabinet.
Dalam masa sama, pihaknya turut mengesa supaya gaji minimum tidak dijadikan modal kempen politik oleh mana-mana parti kerana kadar baharu gaji minimum merupakan keperluan mendesak bagi pekerja.
“Sudah sampai masanya kabinet mengumumkan gaji minimum yang baharu seperti di dalam Akta Gaji Minimum yang memerlukan kerajaan mengkaji gaji minimum sekali dalam tempoh dua tahun,” katanya.
Beliau berkata, MTUC masih lagi menunggu masa yang sesuai berjumpa dengan Perdana Menteri untuk berbincang mengenai kesusahan pekerja dalam mendepani kos sara hidup.
“Kewajaran gaji minimum RM1,500 adalah keutamaan MTUC dalam perbincangan itu nanti,” katanya.
MTUC gesa wajibkan gaji minimum RM1,500 kepada sektor swasta
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- KEPUTUSAN RASMI: BN menang majoriti 2/3 dalam PRN Johor
- MCA rampas 4 kerusi, DAP akui mula hilang pengaruh
- PRN Johor: Keputusan PRN Johor Isyarat Rakyat Tidak Suka Dipermainkan – Mohamad Hasan
- ‘Sanggup Berpanas Demi Rezeki’ – Bidadari Cantik Jual Pau Viral Rupanya Penyanyi Bienda [VIDEO]
- Kronologi kejadian tanah runtuh dari 2021 hingga kini
- Mangsa Terakhir Ditemui Maut, Insiden Tanah Runtuh Di Taman Bukit Permai 2 Ragut Empat Nyawa
- Tarikh semakan tawaran ke sekolah khusus 2021 ditetapkan 15 Mac ini
- PRN Johor: Cukup-cukuplah dikencing ‘Atuk’ selama 22 bulan
- Netizen Marahkan Tindakan Ibu Tangmo Nida Sanggup Maafkan Suspek Selepas Terima Pampasan
- Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO]
- Zeti dan keluarga terima dana 1MDB, Mahathir kata tidak tahu
- PRN Johor: Calon MUDA Menipu Ibu Sendiri, Apa Jaminan Tidak Menipu Pengundi?
- ‘Seriau Tengok’ Heboh Foto Mayat Tangmo Nida Tular Di Media Sosial, Netizen Malaysia Tolong Siasat.
- PPV Mega ditutup bermula 16 Mac – KP Kesihatan
- PM sahkan sempadan negara dibuka menjelang Hari Raya
- Isteri tikam zakar suami guna lembing, mangsa lari ke rumah ibu
- Muhyiddin Dan Mahathir Punca Kewangan Negara Tenat – Isham Jalil
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Muhyiddin lari malam tewas secara keseluruhan dalam PRN Johor
Not For Sale! Arowana ‘Kembar Siam’ Menjadi Tumpuan Ramai [VIDEO]