Suspek rompak, tembak mati pengawal keselamatan direman seminggu

PETALING JAYA: Lelaki yang ditahan polis selepas disyaki menembak mati pengawal keselamatan dalam rompakan di hadapan sebuah bank di Puchong Prima, semalam, direman seminggu bermula hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya Abd Khalid Othman, suspek berusia 38 tahun itu direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api Lebih Berat 1971.

Terdahulu, suspek dibawa ke Mahkamah Shah Alam hari ini untuk mendapat perintah tahanan reman

“Kita polis percaya dengan tertangkapnya suspek akan dapat menyelesaikan beberapa kes lain di Subang Jaya dan Shah Alam,” katanya dalam kenyataan hari ini, menurut Berita Harian.

Media semalam melaporkan, seorang pengawal keselamatan maut, manakala rakannya cedera ditembak berhampiran sebuah bank di Puchong Prima dalam satu rompakan, kira-kira jam 5.50 petang.

Kedua-dua pengawal keselamatan berkenaan dipercayai sedang mengawal van keselamatan yang membawa sejumlah wang tunai.

Bagaimanapun selepas sejam melarikan karung wang, suspek berjaya ditahan di Seksyen 24, Shah Alam.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Johor kurang kesedaran politik Islam, Muhyiddin pertahan kenyataan Hadi

Tangmo Nida Dipaksa Layan Nafsu Lelaki VVIP Sebelum Jatuh Bot? [VIDEO]

PRN Johor: PKR melenting, MUDA balas balik

Pedas!! Mas Idayu Kesian Dengan Netizen, Beli Top-up Untuk Benda Bodoh [VIDEO]

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker