Kes renjatan elektrik: Bedah siasat bermula, cari punca kematian suami isteri

CAMERON HIGHLANDS: Proses bedah siasat ke atas pasangan suami isteri yang maut dipercayai terkena renjatan arus elektrik pada Khamis, bermula hari ini bagi mencari punca sebenar kematian, kata Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Mohd Shamsuri Mohd Nor.

Beliau berkata proses bedah siasat tersebut dilakukan di Hospital Sultan Hajjah Kalsom, Tanah Rata pagi ini dan keputusannya bakal diperoleh dalam masa terdekat.

“Kami jangkakan dalam masa terdekat, kami akan mendapat keputusan bedah siasat. Selepas selesai, baru kami akan serahkan mayat kepada waris,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pada Khamis, pasangan suami isteri itu ditemui meninggal dunia dalam bilik air di rumah mereka di Taman Puncak Tringkap di Cameron Highlands, dipercayai terkena renjatan arus elektrik.

Tiga anak pasangan itu berusia lingkungan dua hingga 10 tahun yang turut berada di kediaman itu ketika kejadian tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menyentuh mengenai nasib tiga anak pasangan tersebut, Mohd Shamsuri berkata waris ahli keluarga dari Pulau Pinang dan Sarawak telah dimaklumkan berkaitan urusan hak penjagaan mereka.

Menurutnya, hal tersebut juga mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk pemantauan dan pengurusan hal kebajikan sementara menunggu proses lengkap hak penjagaan tersebut.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Johor kurang kesedaran politik Islam, Muhyiddin pertahan kenyataan Hadi

Tangmo Nida Dipaksa Layan Nafsu Lelaki VVIP Sebelum Jatuh Bot? [VIDEO]

PRN Johor: PKR melenting, MUDA balas balik

Pedas!! Mas Idayu Kesian Dengan Netizen, Beli Top-up Untuk Benda Bodoh [VIDEO]

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker