Mi siput makanan ringan kegemaran rakyat Johor

TANGKAK – Mi siput atau mi sanggul adalah makanan ringan yang popular dalam kalangan penduduk Johor terutama di daerah-daerah utara negeri ini.

Berbentuk seperti muruku, ia disajikan dengan sambal sebagai pencicah, malah ada yang memanggilnya sebagai mi keras.

Walaupun mi siput adalah makanan ringan, pembuatannya bukanlah mudah.



Menurut pengusaha ‘Mee Siput Kak Chik’ Md Shahir Meskom, 51, bahan-bahan membuat mi siput hanyalah tepung gandum, tepung sagu, air dan sodium, namun proses pembuatannya agak rumit iaitu melibatkan menguli adunan menjadi doh, kepada meleperkan doh dan dipotong menjadi bentuk mi.

“Mi perlu direbus, diikuti dengan ‘dicetak’ atau meletakkan mi yang direbus ke dalam acuan serta dikeringkan di bawah matahari, sebelum diletakkan ke dalam ketuhar yang dibuat sendiri,” katanya kepada Bernama di kilang kecil miliknya di Kampung Sawah Ring, Bukit Gambir di sini.

Mi Siput Kak Chik siap dikeringkan dan sedia untuk digoreng atau dicelur dalam air panas ketika tinjauan pembuatan makanan tradisional tersebut di Kampung Sawah Ring, Tangkak. – Foto Bernama
Pesara tentera itu berkata cuaca memainkan peranan penting dalam proses pengeringan kerana sekiranya hujan, mereka perlu meletakkan mi siput yang dicetak terus ke dalam ketuhar selama sekurang-kurangnya 15 hingga 16 jam, berbanding jika cuaca panas yang hanya mengambil masa empat ke lima jam.

Beliau yang mengusahakan perniagaan itu sejak 2012 bersama isterinya Azizah Ahmad, 50, berkata mereka bermula di dapur rumah sehinggalah mempunyai kilang kecil sendiri.



Bernama melihat sendiri proses pembuatan mi siput dari awal hingga ke akhir dan apa yang lebih menarik adalah ketuhar bersaiz bilik sederhana itu dibuat sendiri oleh Md Shahir menggunakan peralatan seperti gas, arang dan kipas.

Md Shahir berkata anggaran purata pengeluaran harian ketika ini adalah kira-kira 1,500 keping mi siput dengan keuntungan sekitar RM6,000 hingga ke RM7,000 sebulan, berbanding sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan iaitu antara RM12,000 hingga RM13,000 sebulan.

Mee Siput Kak Chik dikeluarkan dalam bentuk kering mentah atau siap digoreng, selain turut dijual sambal pencicah.

Menurut Md Shahir, produk yang boleh didapati di kedai-kedai di kawasan Bukit Gambir itu, juga dipasarkan ke selatan Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang.



Md Shahir (kanan) bersama isteri menunjukkan dua jenis mi iaitu mi siput goreng dan mi siput kering berserta sambal tumis ketika tinjauan pembuatan makanan tradisional tersebut di rumahnya di Kampung Sawah Ring, Tangkak. – Foto Bernama
“Semoga wabak Covid-19 ini cepat berakhir, sasaran kami selepas ini adalah untuk hantar produk kami ke seluruh negara. Insya-Allah anak-anak akan teruskan,” katanya. – Bernama

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Johor kurang kesedaran politik Islam, Muhyiddin pertahan kenyataan Hadi



Tangmo Nida Dipaksa Layan Nafsu Lelaki VVIP Sebelum Jatuh Bot? [VIDEO]

PRN Johor: PKR melenting, MUDA balas balik

Pedas!! Mas Idayu Kesian Dengan Netizen, Beli Top-up Untuk Benda Bodoh [VIDEO]

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker