PRN Johor: Liew Chin Tong hanya boneka keluarga Lim

JOHOR BAHRU: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed membidas Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong yang didakwanya telah dipaksa bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perling bagi menyelesaikan perpecahan puak dalam parti itu.

Nur Jazlan mendakwa, Chin Tong sendiri sebagai pemimpin DAP Kebangsaan terkejut namanya dicalonkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini kali ini.

Dakwanya, Pengerusi DAP Johor itu telah dipaksa bertanding di DUN Perling oleh dua pemimpin kanan DAP iaitu Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, biarpun mereka tahu Chin Tong tak mampu memberi khidmat kepada rakyat.

“Chin Tong telah dipaksa bertanding di kerusi Perling bagi memastikan pertelingkahan antara puak dalam DAP dapat diuruskan oleh dua pemimpin kanan DAP itu.

“Apabila Chin Tong menang pilihan raya nanti, dia pun akan hilang dari kawasan sama seperti Kit Siang hilang di Parlimen Iskandar Puteri.

“Kit Siang dan Chin Tong boleh bertanding di mana saja. Mereka seumpama kad Touch n Go dalam politik,” katanya dalam temubual eksklusif bersama China Daily.

Nur Jazlan yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Pulai itu menjelaskan, senario politik hari ini berbeza dengan situasi semasa PRU14, di mana komuniti Cina sudah menolak DAP dan anak beranak Lim.

“Kini orang Cina lebih menitik beratkan aspek ekonomi dan pendidikan,” katanya.

Mengulas mengenai beliau akan meninggalkan kerusi Parlimen Pulai dan bertanding di DUN Perling, Nur Jazlan berkata, strategi DAP mungkin akan menjadi kelam kabut sekiranya bertanding di kerusi tersebut.

Tambahnya, Chin Tong juga mungkin tidak bertanding di kerusi DUN Perling itu dan juga pasti tidak mampu memenangi hati pengundi Melayu dengan penolakan sebahagian besar komuniti Cina terhadap DAP.

“Jika saya bertanding di Perling, mungkin calon Skudai, Marina akan bertanding di sini dan bukannya Chin Tong, berbeza dengan Marina yang boleh meraih undi orang Melayu di Perling,” katanya.

Nur Jazlan mendedahkan beliau banyak menghabiskan masa di Kuala Lumpur dan jarang pulang ke Parlimen Pulai.

Justeru, beliau tidak berminat untuk bertanding kerusi DUN dan mahu lebih fokus di peringkat Pusat supaya boleh membantu orang dengan banyak cara. – UTUSAN

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin

Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker