Lagi RM10.5 Juta Minyak Sawit Malaysia Dirampas Di AS, Disyaki Guna Buruh Paksa
Lagi RM10.5 Juta Minyak Sawit Malaysia Dirampas Di AS, Disyaki Guna Buruh Paksa
Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS telah merampas 4 penghantaran minyak sawit Malaysia di Baltimore sejak 11 Februari lalu mencecah AS$2.5 juta (RM10.5 juta) berikutan maklumat yang menunjukkan bahawa komoditi itu dikeluarkan menggunakan buruh paksa.
Menerusi kenyataan di laman webnya, CBP berkata, rampasan terbaharu itu membabitkan 108 pek super asid palmitik pada 1 Mac manakala 3 penghantaran awal merangkumi 270 pek super asid palmitik pada 11 Februari lalu.
“Kesemua 4 penghantaran asid palmitik itu dihasilkan di Malaysia dan dihantar ke kemudahan pemprosesan di Delaware.
Secara dasarnya, asid palmitik ialah minyak sawit yang ditapis menjadi serbuk yang boleh larut dengan mudah ke dalam makanan, minuman, dan produk penjagaan kulit dan kesihatan. Minyak penapisan juga menyingkirkan asid lemak bebas, gam dan lilin yang tidak diingini.
Pada 28 Januari lalu, CBP AS telah mengeluarkan Notis Penemuan kepada Pendaftar Persekutuan bahawa minyak sawit dan produk derivatif tertentu yang dibuat sepenuhnya atau sebahagiannya dengan minyak sawit yang dikeluarkan oleh Sime Darby Plantation Bhd., anak-anak syarikatnya, dan usaha sama dengan penggunaan banduan atau buruh paksa tidak boleh diterima kerana melanggar 19 USC 1307 dan 19 CFR 12.42.
Pemangku Pengarah Pelabuhan CBP di Baltimore, Marc Calixte berkata, tiada tempat bagi buruh paksa dalam dunia hari ini dan pihaknya bertindak tegas terhadap mana-mana syarikat yang mempergunakan golongan pekerja ini.
“CBP akan terus memastikan barangan yang diperbuat daripada buruh paksa tidak memasuki perdagangan negara dan akan membantu menghapuskan amalan tidak berperikemanusiaan ini daripada rantaian bekalan AS,” tegasnya.
Berkuat kuasa 30 Disember 2020, CBP telah mengeluarkan perintah tahan pelepasan (WRO) yang mengarahkan kesemua kakitangan di pelabuhan masuk AS untuk menahan minyak sawit dan produk yang mengandungi minyak sawit yang dikeluarkan oleh Sime Darby Plantation dan anak syarikatnya, usaha sama dan entiti gabungannya di Malaysia.
WRO itu adalah berdasarkan maklumat yang secara munasabah menunjukkan kehadiran kesemua 11 penunjuk buruh paksa Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dalam proses pengeluaran Sime Darby Plantation.
Pegawai CBP AS pada mulanya menahan 3 penghantaran pertama pada 30 November 2021 diikuti penghantaran terbaharu pada 3 Disember 2021. – DagangNews.com
Lagi RM10.5 Juta Minyak Sawit Malaysia Dirampas Di AS, Disyaki Guna Buruh Paksa
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin kata pengundi Cina jangan takut, PAS sudah tinggalkan Hudud
- Tok Mat lipat Tajuddin
- Krisis Rusia-Ukraine: Jeneral Perang Rusia Dibunuh Penembak Tepat Di Ukraine
- PRN Johor: Cukup-cukuplah dikencing ‘Atuk’ selama 22 bulan
- Netizen Marahkan Tindakan Ibu Tangmo Nida Sanggup Maafkan Suspek Selepas Terima Pampasan
- Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO]
- Zeti dan keluarga terima dana 1MDB, Mahathir kata tidak tahu
- PRN Johor: Calon MUDA Menipu Ibu Sendiri, Apa Jaminan Tidak Menipu Pengundi?
- ‘Seriau Tengok’ Heboh Foto Mayat Tangmo Nida Tular Di Media Sosial, Netizen Malaysia Tolong Siasat.
- PPV Mega ditutup bermula 16 Mac – KP Kesihatan
- PM sahkan sempadan negara dibuka menjelang Hari Raya
- Isteri tikam zakar suami guna lembing, mangsa lari ke rumah ibu
- Muhyiddin Dan Mahathir Punca Kewangan Negara Tenat – Isham Jalil
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]
Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]