Tragedi kepala air Bidor: Jenazah seorang lagi mangsa ditemui sebentar tadi

TAPAH: Seorang lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Kenjur dekat Kampung Poh, Bidor, di sini ditemukan lemas, malam ini.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd Naim Asnawi, berkata mayat mangsa dikenal pasti sebagai Hafif Muhayat Azam, 4, ditemukan pada jam 9.50 malam dengan bantuan penduduk kampung.

“Mayat mangsa ditemukan dalam sungai dengan keadaan mengiring dan tersangkut di bawah akar pokok pada jarak kira-kira 600 meter dari kawasan keluarganya berkelah.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Penemuan ini menjadikan jumlah mangsa yang masih hilang kepada dua orang,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, malam ini.

Pengecaman mayat mangsa dilakukan ibu saudaranya, Aznur Radin Mustapha Amiruddin, 51.

Terdahulu, media melaporkan hajat empat beranak untuk berkelah bertukar tragedi apabila ibu, Aszura Bani, 37, ditemukan lemas, manakala tiga anaknya hilang akibat dihanyutkan kepala air ketika beriadah di Sungai Kenjur, dekat Kampung Poh, di sini.

Hafif Muhayat ialah anak kedua daripada tiga cahaya mata Aszura dan suaminya, Azam Radin Mustapha Amiruddin, 47.

Dua lagi anak Aszura yang masih hilang ialah Hanna Mikayla, 7, dan Hanum Marissa, 2.

Tinjauan di lokasi mendapati, seramai 12 penduduk kampung giat melakukan pencarian secara sukarela pada malam ini atas dasar keprihatinan terhadap keluarga mangsa.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Skandal Spanco, siapa terbabit?

Cikgu Fadli bersara kerana tak mahu jadi tetamu biadab

Memang kami lepak dengan Hot Daddy

Saharul Ridzwan jual rumah pula

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker