Nynaa Harizal dilarikan keluarga guna senjata api, suami buat laporan polis

Nynaa Harizal dilarikan keluarga guna senjata api, suami buat laporan polis

SUAMI kepada pelakon Nynaa Harizal iaitu Mohamed Fahmi Ilyas mendakwa isterinya itu telah dilarikan bapa mentuanya tanpa kebenarannya ketika di set penggambaran drama Isnin lalu.

Menurut Fahmi, bapa mentuanya, Mejar (B) Harizal Hashim turut melakukan kekerasan ugutan jenayah senjata api di lokasi sama.

Ketika ini, Fahmi yang merupakan seorang usahawan tidak mengetahui di mana keberadaan isterinya selepas dilarikan tanpa kebenarannya.

“Saya berjaya bercakap dengan si bapa, dia cakap sudi untuk berjumpa tapi bila dan di mana tak tahu lagi.

“Saya syak Nynaa berada di Johor. Keadaan semasa saya boleh cuba telefon Nynaa tapi panggilan akan pergi ke voicemail (mel suara).

“WhatsApp pun ‘single tick’. Jadi, saya tak tahu. Dia (bapa mentua) cakap, anak dia dan dia tahu macam mana nak jaga. Saya tak rasa dia akan sakiti anaknya tapi sama ada Nynaa tertekan, cukup makan, sedang nangis, saya tidak tahu,” katanya kepada URTV ketika sidang media secara maya sebentar tadi.

Diaju dengan soalan apakah tindakan bapa mentuanya itu disebabkan faktor kewangan dirinya yang dikatakan masih belum berkemampuan, Fahmi menafikannya.

“Dari segi aspek kewangan, memang ada isu sejak permulaan perkahwinan. Saya baru berusia 29 tahun, mereka tak boleh harapkan saya ada segala kemewahan.

“Tapi saya tidak mahu memperincikan tentang hal itu (status kewangan) sebab saya rasa kurang elok untuk ulas dengan lebih lanjut,” ujarnya.

Fahmi akui sebelum ini hubungannya dengan bapa mentua tidak ada masalah kecuali hubungan dengan ibu mentuanya yang dingin sejak awal.

Sementara itu, Fahmi berharap hal yang tercetus membabitkan kedua-dua pihak dapat diselesaikan secara bersemuka tanpa melibatkan pihak polis.

“Untuk selesaikan hal ini, apa sekalipun, kita kena berjumpa dan berbincang sebab takkan nak buat laporan polis sana dan sini.

“Saya buat laporan polis kerana bapa mentua telah melarikan isteri saya tanpa pengetahuan saya selaku suaminya yang sah.

“Dia buat begitu dengan mengugut pengawal peribadi saya menggunakan senjata api. Saya guna perkataan ‘penculikan’ dalam laporan polis kerana tiada sebarang maklumat sahih yang saya ketahui ketika kejadian itu berlaku,” tegasnya lagi.

Terdahulu, bapa pelakon Dear Cinta yang merupakan seorang pesara tentera, difahamkan tidak merestui perkahwinan mereka atas alasan kewangan.

Dalam kejadian Isnin lalu, Harizal telah mengacukan sepucuk pistol ke arah perut pengawal peribadi Nynaa serta memberi amaran akan melepaskan tembakan jika dia dihalang mengambil anaknya.

Perbuatan tersebut adalah salah dari segi undang-undang dan boleh disiasat bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 8 Akta Senjata Api.

Malah, ibu dan adik perempuan Nynaa turut bersama bapanya ketika datang ke set penggambaran di Shah Alam, Selangor.

Difahamkan, ibu Nynaa turut bertindak menarik dan memaksa pelakon drama Madam E-Wallet itu untuk masuk ke dalam kereta sebelum dilarikan.

Justeru, Fahmi telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam berhubung kejadian terbabit.

Untuk rekod, Fahmi dan Nynaa atau pemilik nama sebenar Nurul Hanynaa Harizal,25, mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos lalu. Utv

Nynaa Harizal dilarikan keluarga guna senjata api, suami buat laporan polis


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Suami pelakon ditahan reman, gaduh dalam keadaan mabuk

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker