Vaksin kanak-kanak, KJ merayu ada ibu bapa bawa anak segera

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Sehingga kini, hanya seramai 30 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun yang telah menerima dos pertama mereka.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, jumlah tersebut masih lagi rendah dan merayu agar ibu bapa membawa anak-anak mereka untuk menerima suntikan vaksin dos pertama.

“Saya berasa amat sedih kerana vaksinasi untuk kanak-kanak ini masih rendah. Setakat ini, hanya 30 peratus kanak-kanak mendapatkan pelalian itu sedangkan kes semakin meningkat.

“Masa tunggu dan lihat ini sudah tamat, ibu bapa masih belum membuat pilihan untuk memberikan vaksinasi kepada anak mereka, saya merayu agar ibu bapa bawa anak mereka untuk terima suntikan vaksin di mana-mana PPV,” katanya pada sidang akhbar khas di Parlimen hari ini.



Dalam pada itu, jelas Khairy Jamaluddin, keputusan untuk Malaysia beralih kepada fasa endemik boleh diteruskan setakat ini berdasarkan kepada keadaan dan keperluan semasa.

Menurutnya, bagaimanapun Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus memantau tahap jangkitan semasa selain ancaman varian baharu yang berkemungkinan lebih berbahaya daripada varian yang ada ketika ini.

Seandainya wujud ancaman tersebut katanya, pihak KKM berkemungkinan akan menasihatkan kerajaan termasuk jemaah menteri untuk menilai semula mengikut keperluan.

Ini termasuk kewujudan varian baharu yang mungkin lebih berbahaya daripada Omicron yang sedia ada ketika ini



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]



Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin

Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat



 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker