Kalau Anda Sleepwalker Hati-Hati Ye! Betul Ke Tidur Telanjang Mampu Tingkat Kesuburan Lelaki?

Kalau Anda Sleepwalker Hati-Hati Ye! Betul Ke Tidur Telanjang Mampu Tingkat Kesuburan Lelaki?

TIDUR dalam keadaan telanjang? Mungkin tidak ramai yang melakukan perkara itu dan tetap memakai pakaian yang selesa agar tidak kesejukan ketika tidur.

Bagaimanapun kajian mendapati tidur berbogel dipercayai dapat meningkatkan kualiti tidur kerana seseorang melelapkan mata dalam keadaan lebih sejuk dan nyaman.

Jadi adakah kita perlu tidur tanpa seurat benang? Sebelum memutuskannya, lebih baik lihat beberapa fakta mengenai perkara ini terlebih dahulu.

 

1. Terlelap lebih cepat

Menurut pakar dalam perilaku dan gangguan tidur, Dr Michelle Drerup, tubuh manusia akan bekerja secara semula jadi untuk menurunkan termostat agar kita dapat tertidur pada waktu malam menerusi ritma sirkadian.

Ritma sirkadian adalah keadaan di mana ia mengatur kitaran tidur dan bangun manusia. Maksudnya, semakin cepat suhu tubuh menurun, semakin cepat seseorang itu akan terlelap.

2. Kualiti tidur

Ketika cuaca panas, kadang-kadang seseorang akan sukar tidur walaupun pelbagai perkara dilakukan termasuk memasang penghawa dingin atau minum segelas air sejuk.

Melepaskan pakaian dan tidur dalam keadaan bogel mampu membantu menurunkan suhu badan dan memudahkan seseorang itu tidur.

“Memang tidak dapat dinafikan, cuaca dan udara yang sejuk sangat membantu seseorang itu terlelap lebih cepat,” kata Dr Michelle.

3. Jangkitan kulat

Jangkitan kulat biasanya berlaku disebabkan oleh cuaca panas dan kelembapan yang tinggi. Pemakaian pakaian dalam yang ketat juga dapat ‘mengurung’ kelembapan dan haba.

Jadi tidur dalam keadaan bogel atau mengenakan pakaian tipis dan longgar akan memberikan peredaran udara lebih baik di bahagian vagina.

Menjaga bahagian itu agar tetap kering dan dingin dapat membantu mengurangkan risiko jangkitan kulat.

4. Kesuburan

Jika testis terus menerus terpapar kepada suhu tinggi, jumlah sperma juga boleh menurun. Memakai seluar dalam ketika tidur sudah pasti akan membuatkan masalah ini lebih parah.

Selain itu, kajian turut menunjukkan, lelaki yang memakai boxer memiliki jumlah sperma lebih tinggi berbanding mereka yang memakai seluar dalam biasa.

Jika boxer yang longgar sangat membantu dalam kesuburan lelaki, bayangkan jika tidur dalam keadaan telanjang.

Bagaimanapun bagi mereka yang mengalami masalah sleepwalker atau berjalan tanpa sedar mungkin perlu berfikir dua kali untuk tidur dalam keadaan bogel.

Selain itu, seseorang itu perlu lebih rajin mencuci cadar kerana berlakunya kontak langsung antara kulit dan cadar. Sel-sel kulit mati yang gugur cukup digemari pepijat.

Jadi mana lebih baik? Dr Michelle memberitahu sebenarnya tidak ada bukti kukuh berkaitan manfaat atau keburukan tidur dalam keadaan telanjang.

“Lakukan apa sahaja yang kita rasa betul dan apa membuatkan seseorang selesa ketika tidur… Paling penting mesti mendapatkan rehat mencukupi, iaitu sekurang-kurangnya lapan jam tidur,” jelasnya.

Kalau Anda Sleepwalker Hati-Hati Ye! Betul Ke Tidur Telanjang Mampu Tingkat Kesuburan Lelaki?

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker