1 SOP, 9 garis panduan peralihan ke fasa endemik
KUALA LUMPUR: Satu prosedur operasi standard (SOP) dan sembilan garis panduan akan dilaksanakan dalam fasa peralihan ke endemik mulai 1 April, kata Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein.
Beliau yang juga pengerusi mesyuarat Kuartet Menteri Covid-19 berkata, ia adalah antara tujuh tonggak paling penting dalam fasa tersebut, terutamanya dalam usaha negara menuju ke arah kehidupan normal.
Hishammuddin berkata, pada asasnya satu SOP yang mengandungi 10 keperluan itu diringkaskan daripada 181 SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan masih akan dikuatkuasakan bawah Akta 342 mulai 1 April.
“Kesemua 10 keperluan ini sudah biasa diamalkan oleh orang ramai dalam fasa PPN. Atas sebab itu, saya percaya setiap lapisan masyarakat boleh terus melaksanakannya dengan sebaik mungkin,” katanya dalam kenyataan.
Keperluan itu adalah memakai pelitup muka di tempat awam, waktu operasi mengikut lesen atau permit, menjaga kebersihan tangan, melakukan ujian pengesanan Covid-19 berdasarkan Strategi Pengujian Kebangsaan dan mengurus kes yang disyaki atau disahkan mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan (KKM).
Keperluan lain termasuk menggunakan aplikasi MySejahtera dan MySJTrace, memastikan penjarakan fizikal satu meter, memastikan pengudaraan dan sistem ventilasi yang baik, memastikan kebersihan premis dan mematuhi keperluan vaksinasi untuk aktiviti tertentu.
Seiring dengan fasa peralihan ke endemik yang menghendaki rakyat belajar hidup bersama Covid-19 dan lebih mengutamakan disiplin kendiri, Hishammuddin berkata, amat penting untuk semua pihak memahami risiko penularan wabak serta mengamalkan langkah pencegahan.
Susulan itu katanya, sembilan garis panduan juga dibangunkan bagi membantu rakyat membuat pilihan lebih selamat ketika menjalankan aktiviti harian.
Bagaimanapun menurutnya, garis panduan itu tidak akan dikuatkuasakan, sebaliknya digalakkan dipatuhi supaya rakyat dapat kekal berwaspada dengan risiko jangkitan apabila melakukan aktiviti tertentu.
Sembilan garis panduan itu merangkumi pengangkutan dan perjalanan, pendidikan dan penjagaan, aktiviti peruncitan, makanan dan minuman, ruang kerja tertutup, kawasan kerja terbuka, acara, majlis, hiburan dan tarikan pelancong, hotel dan penginapan tetamu, keagamaan, perkahwinan dan pengebumian, serta aktiviti dan fasiliti sukan, rekreasi dan riadah.
“Untuk setiap garis panduan berkenaan, terdapat dua perincian, iaitu cara penilaian risiko penularan dan gejala Covid-19 serta cara mengamalkan SOP dengan betul,” katanya.
Sementara itu, Hishammuddin berkata, satu laman sesawang sedang dibangunkan dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memudahkan masyarakat memahami dengan lebih lanjut mengenai SOP dan garis panduan tersebut serta fasa peralihan ke endemik secara keseluruhannya.
Laman sesawang itu dijangka dapat diakses dua minggu sebelum 1 April bagi membantu masyarakat membuat persiapan sebelum fasa tersebut bermula, katanya.
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob semalam mengumumkan negara akan memasuki fasa peralihan ke endemik serta pembukaan semula sempadan negara mulai 1 April.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pelbagai faktor selain melakukan penilaian risiko, mendapatkan pandangan KKM serta meneliti syor daripada Kuartet Menteri.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin kata pengundi Cina jangan takut, PAS sudah tinggalkan Hudud
- Tok Mat lipat Tajuddin
- Krisis Rusia-Ukraine: Jeneral Perang Rusia Dibunuh Penembak Tepat Di Ukraine
- PRN Johor: Cukup-cukuplah dikencing ‘Atuk’ selama 22 bulan
- Netizen Marahkan Tindakan Ibu Tangmo Nida Sanggup Maafkan Suspek Selepas Terima Pampasan
- Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO]
- Zeti dan keluarga terima dana 1MDB, Mahathir kata tidak tahu
- PRN Johor: Calon MUDA Menipu Ibu Sendiri, Apa Jaminan Tidak Menipu Pengundi?
- ‘Seriau Tengok’ Heboh Foto Mayat Tangmo Nida Tular Di Media Sosial, Netizen Malaysia Tolong Siasat.
- PPV Mega ditutup bermula 16 Mac – KP Kesihatan
- PM sahkan sempadan negara dibuka menjelang Hari Raya
- Isteri tikam zakar suami guna lembing, mangsa lari ke rumah ibu
- Muhyiddin Dan Mahathir Punca Kewangan Negara Tenat – Isham Jalil
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]
Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]
Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin
Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat