Tindakan Polis Tahan Ambulans Untuk Elak Risiko Besar Berlaku Kemalangan

Tindakan Polis Tahan Ambulans Untuk Elak Risiko Besar Berlaku Kemalangan

JOHOR BAHRU: Tindakan polis menahan sebuah ambulans di susur Jalan Danga Bay ke Jalan Johor Bahru ketika melakukan kawalan lalu lintas pada program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Angsana Johor Bahru Mall di sini Sabtu lepas, bertujuan mengelakkan risiko besar kemalangan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Rupiah Abd Wahid berkata sekiranya anggota trafik memberi laluan hijau kepada ambulans, dikhuatiri akan berlaku pertembungan antara ambulans dan kenderaan konvoi di laluan turun bukit dan 100 meter di hadapan lebih awal antara jalan utama dan jalan keluar dari susur Jalan Danga Bay.



“Semasa kejadian, ambulans yang datang dari arah susur Jalan Danga Bay tetap diberikan keutamaan laluan, malah anggota bertugas turut memberi ruang laluan kepada ambulans antara kenderaan lain untuk maju ke hadapan.

“Anggota bertugas juga telah membuat penilaian daripada setiap sudut keselamatan dan setelah konvoi berlepas, ambulans diberikan laluan hijau untuk meneruskan perjalanan.

“Penahanan ambulans hanya berdurasi 30 saat,” katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.

Beliau berkata Polis Daerah Johor Bahru Utara telah terkesan dengan video berdurasi 46 saat yang memaparkan kejadian berkenaan, melibatkan dua anggota sedang bertugas membuat ‘cut off‘ atau ‘point duty‘ seperti yang tular di media sosial.

Susulan itu, Rupiah berkata satu laporan polis telah dibuat dan kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan.



“Orang ramai dinasihatkan agar tidak mengeluarkan komen dan maklumat tidak benar, serta tidak bertanggungjawab melalui kaedah tular di media sosial bagi mengelakkan kegusaran dalam kalangan masyarakat,” tambahnya.– BERNAMA

Tindakan Polis Tahan Ambulans Untuk Elak Risiko Besar Berlaku Kemalangan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]



Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker