Wanita rasa terhina juruwang panggil ‘mak cik’

 

Juruwang (kanan) memohon maaf dan membayar wang ganti rugi kepada Xing kerana memanggilnya ‘mak cik’. – Mothership.sg

 

 

BEIJING – Seorang wanita dilaporkan  bertengkar dengan juruwang di sebuah pasar raya di China kerana berang selepas dipanggil mak cik oleh pekerja itu, lapor portal Mothership.sg kelmarin.

Dalam kejadian  di Bandar Hangzhou, wilayah Zhejiang itu, Xing, 41,  berasa terhina kerana disapa sebagai mak cik oleh juruwang lelaki berusia 29 tahun itu.

“Jarak umur kami tidak terlalu jauh jadi mengapa perlu guna panggilan mak cik kepada saya?

“Saya rasa lebih sesuai untuk memanggil saya dengan panggilan kakak,” katanya.

Namun permintaan Xing tidak diendahkan oleh juruwang yang berasakan panggilan mak cik adalah sopan dan tidak melihat sebarang masalah mengenainya.

“Apa salahnya saya memanggil anda mak cik? Saya rasa ia panggilan bersesuaian dengan penampilan dan gaya anda,” kata juruwang itu.

Mereka berdua akhirnya saling berbalas kata-kata dan bertarik rambut sebelum dibawa ke balai polis oleh pihak pengurusan pasar raya.

Kedua-duanya berjaya didamaikan oleh polis sebelum juruwang tersebut membayar wang ganti rugi kepada Xing bernilai S$100 (RM417). – Agens

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin

Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker