Tragedi MH370: Ocean Infinity Beri Bayangan Kembali Dalam Misi Mencari MH370

Tragedi MH370: Ocean Infinity Beri Bayangan Kembali Dalam Misi Mencari MH370

Syarikat eksplorasi persendirian, Ocean Infinity memberi bayangan kemungkinan untuk kembali semula ke lautan dalam misi pencarian MH370, pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang hilang sejak lapan tahun lalu.

Perkara itu disuarakan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Oliver Plunkett pada Upacara Memperingati Ulang Tahun ke-8 kehilangan pesawat malang itu yang diadakan secara maya hari ini.



Jelas Plunkett, pihaknya kini sedang mempersiapkan kapal pencarian yang dilengkapi dengan sistem pengesanan yang lebih canggih berbanding sebelum ini.
“Kami akan persiapkannya dan ia memerlukan banyak tugas untuk kapal berkenaan dipersiapkan sebelum perbincangan dengan pihak kerajaan (Malaysia). Kami juga berharap akan terus mendapat sokongan daripada pihak kerajaan Australia seperti sebelum ini.

“Kapal yang berbeza dan mungkin ia adalah kapal yang paling canggih di dunia dan kami sedang merancang untuk membinanya tanpa perlu ada manusia di atas kapal tersebut,” jelasnya pada sidang video secara maya yang turut dihadiri oleh sebahagian daripada anggota keluarga yang terlibat.

Jelasnya lagi, setakat ini pihak Ocean Infinity juga bersetuju dengan syarat sebelumnya iaitu tiada bayaran dikenakan sehinggalah mereka menemukan pesawat tersebut.

Bagaimanapun katanya ia tertakluk kepada persetujuan oleh pihak kerajaan Malaysia sama ada membenarkan usaha pencarian tersebut atau tidak, yang mungkin akan dilakukan menjelang 2023 nanti.

Pada 2018 Ocean Infinity pernah melakukan usaha pencarian dan menjangkakan akan menemui bangkai pesawat malang itu dalam tempoh sebulan.



Dilaporkan, ia dijangka bakal meraih insentif besar jika menemui pesawat itu kerana dipercayai dalam perjanjian pencarian, mereka akan dibayar sehingga AS$70 juta, jika berjaya menemui pesawat terbabit dan kotak hitamnya.

Bagaimanapun usaha tersebut turut menemui kegagalan dan bangkai pesawat malang itu masih gagal ditemui sehingga hari ini.

Misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 bermula setelah ia hilang ketika dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Bagaimana dan mengapa pesawat canggih Boeing 777 yang membawa 227 penumpang dari pelbagai negara dan 12 anak kapal itu hilang tanpa dapat dikesan radar terus menjadi teka-teki hingga ke hari ini, di sebalik pencarian besar-besaran yang pernah dilakukan dalam sejarah penerbangan.-AA



Tragedi MH370: Ocean Infinity Beri Bayangan Kembali Dalam Misi Mencari MH370

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah



Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker