PRN Johor : Mahasiswa Pulang Mengundi Pastikan Pilihan Tepat

Oleh Leftenan Adnan

Seorang mahasiswa institut pengajian tinggi tempatan di Selangor sudah tiba pulang ke Johor Bahru untuk mengundi buat kali pertama. Hafizuddin Faisal yang bakal mengundi buat kali pertama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini pulang dengan perasaan teruja dan tidak sabar menanti tarikh 12 Mac.

Anak jati Johor Bahru ini tertarik dengan semangat kestabilan masa depan untuk membuat pilihannya pada 12 Mac ini. Sudah pastinya kestabilan masa depan perlu untuk masa depan anak muda.

IMG_3447

Buat anak muda ini yang sedang melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan sudah pastinya kestabilan masa depan untuk peluang kerjaya dan memiliki rumah selepas menamatkan pengajian adalah impiannya serta seluruh mahasiswa.

Perdebatan hantaman politik tidak lagi menjadi pilihan orang muda tetapi keyakinan terhadap sesebuah perjalanan yang realistik bakal diterjemahkan didalam kertas undi katanya lagi.

Penampilan ramai muka-muka baharu pada PRN kali ini memperlihat kesiap sediaan bagi memberi peluang dan ruang kepada generasi baharu menerajui kepimpinan negeri.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker