Anggota polis selamat sempat keluar sebelum kereta hanyut

Beginilah keadaan MPV polis jenis Honda Civic yang dihanyutkan arus deras ketika banjir kilat berdekatan Pondok Polis Kuchai Lama, dekat sini petang tadi.

KUALA LUMPUR – Tindakan pantas dua anggota polis keluar daripada kereta peronda polis (MPV) berjaya mengelak mereka daripada hanyut bersama kenderaan tersebut dalam kejadian berdekatan Pondok Polis Kuchai Lama, dekat sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, kejadian berlaku sekitar pukul 3.30 petang ketika dua anggota dari Cawangan MPV daerah berhenti untuk solat Zohor di pondok berkenaan.

“Ketika itu hujan turun dengan lebat beserta ribut petir menyebabkan banjir kilat berlaku di kawasan tersebut.

“Kedua-dua anggota berkenan berusaha untuk keluar dari tempat bencana, namun gagal kerana terdapat halangan daripada kenderaan-kenderaan lain yang turut sama terperangkap di lokasi.



“Melihat kedudukan air yang naik secara mendadak telah memaksa kedua-dua mereka keluar daripada MPV jenis Honda Civic untuk menyelamatkan diri,” ujarnya dalam kenyataan sebentar tadi.

Menurutnya, sebaik mereka keluar, kenderaan berkenaan mula dihanyutkan oleh arus banjir yang deras.

“Kedua-dua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan dan segera memaklumkan kejadian kepada pusat kawalan daerah untuk tindakan selanjutnya.

“Sebaik banjir beransur surut, kenderaan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk tindakan lanjut,” katanya



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]



Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin

Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat



 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker