Jawi bukan tulisan alternatif

HARI ini ramai yang tidak boleh menulis atau membaca tulisan jawi. Keadaan ini amat menyedihkan khususnya bagi orang Melayu.

Mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya orang Melayu mempunyai tulisannya sendiri sebelum pengaruh luar negara datang. Tulisan Melayu dahulu dikenali sebagai tulisan rencong. Tulisan ini berhuruf serong. Selain itu terdapat juga beberapa tulisan lain seperti tulisan kawi dan pallava. Namun kesemua tulisan ini tidak lagi dikuasai oleh orang Melayu dan boleh dikatakan hampir pupus.

Kedatangan Islam membawa pengaruh tulisan Melayu ditulis di dalam huruf jawi Arab dengan beberapa penambahan seperti huruf cha dan nga yang tiada di dalam huruf Arab. Pengaruh Inggeris pula mempopularkan tulisan rumi berbanding tulisan jawi. Sehingga kini tulisan rumi lebih dikuasai di Malaysia berbanding tulisan jawi walaupun jawi masih digunakan lagi.

Tulisan jawi sudah disemai sebati dalam jiwa orang Melayu. Ia alat kepada perantaraan Bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan kita. Ia tiada kaitan dengan agama ataupun sasaran dakwah golongan tertentu.

Namun terdapat tohmahan yang mengatakan tulisan jawi akan menyebabkan proses pengislaman. Hujah ini sangat dangkal kerana Bahasa Melayu yang suatu ketika dahulu menjadi lingua franca di Nusantara dan ditulis dengan huruf jawi, masih terdapat orang bukan Islam yang dapat menguasai Bahasa Melayu. Ia tiada kena mengena dengan proses Islamisasi.

Sebagai lingua franca di Nusantara suatu ketika dahulu yang menggunakan tulisan jawi, tulisan jawi menjadi graha ilmu, perdagangan, komunikasi antarabangsa dan pentadbiran. Tulisan jawi juga menjadi swadaya dan jatidiri masyarakat Nusantara ketika itu. Mereka masih menjadi orang Melayu walaupun telah beragama Islam. Tidak sesekali mereka mengaku menjadi orang Arab.

PROSES ARABISASI

Ada juga golongan yang pergi lebih jauh lagi menolak jawi kerana proses Arabisasi. Orang Melayu hendaklah meninggalkan kultur Arab dengan menggunakan tulisan jawi, berjubah, berserban dan sebagainya. Saya tidak berhasrat mengulas tentang isu jubah dan serban kerana terdapat banyak hadith yang menyatakan ia Sunnah Rasulullah SAW. Tetapi jika kita mahu menolak tulis jawi kerana proses Arabisasi yang tidak berpasak dari tanah watan kita, kita harus juga menolak tulisan rumi yang juga tidak datang dari alam Melayu. Ia sudah nyata diimport semasa kedatangan penjajah. Dengan penolakan kedua-dua bentuk tulisan ini kita hanya boleh berpaling kepada tulisan rencong, kawi atau pallava.

Tulisan-tulisan tersebut pulak langsung tidak dikuasai rakyat dan memerlukan kajian, kos dan masa yang panjang bagi memperkenalkan semula tulisan tersebut. Saya percaya pendekatan ini walaupun disenangi para sejarawan tetapi tidak praktikal dilakukan.

Dalam keadaan sebegini saya percaya seharusya kedua-dua tulisan rumi dan jawi dimartabatkan. Peluang setara perlu diberikan kepada rakyat Malaysia untuk mendapat kemahiran menulis dalam kedua bentuk tulisan ini. Menyahkan salah satu bentuk tulisan ini akan hanya mendatangkan kegusaran dan ketidakpuasan hati golongan tertentu kerana kedua-dua bentuk tulisan ini telah digunapakai sejak sekian lama.

Bezanya ialah tulisan jawi makin lama makin dilupai dan jika hal ini tidak diperbetulkan dari sekarang tidak mustahil tulisan jawi dalam Bahasa Melayu juga akan mengalami nasib yang sama seperti tulis rencong, kawi dan pallava.

Kekhuatiran ini mempunyai asas yang kuat. Disebabkan itulah tulisan jawi ini perlu dipopularkan kembali agar ia tidak hanya tinggal di muzium kelak.

Mengembalikan populariti tulisan jawi sangatlah perlu dilakukan ketika ini. Malangnya saya melihat kedudukan tulisan jawi ini sangatlah diabaikan melainkan di beberapa buah negeri dan pihak berkuasa tempatan sahaja. Yang peliknya tulisan lain dalam bahasa lain dipromosi dengan bebas tanpa sekatan tetapi tulisan jawi ditentang penggunaannya.

Hidupkan kembali tulisan jawi disamping sebarkan penggunaan tulisan rumi. Tulisan jawi bukan sekadar tulisan alternatif, ia mesti berada di medan arusperdana.

* Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Mahathir: Najib Bogel Bogel Bogel

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker