Chelsea akan dibeli billionair Turki
LONDON: Hartawan Turki, Muhsin Bayrak mendakwa sedang mengadakan rundingan dengan peguam Roman Abramovich bagi membeli Chelsea selepas kelab itu berada dipasaran untuk dijual awal minggu ini.
Abramovich mengejutkan bola sepak Eropah Rabu lalu apabila mengumumkan ingin menjual Blues selepas hampir dua dekad sebagai pemilik.
Hartawan Rusia itu membuat keputusan untuk menamatkan pemilikan selama 19 tahun di tengah-tengah pencerobohan negaranya ke atas Ukraine kerana bimbang dikenakan sekatana.
Akibatnya, Abramovich kini memunggah semua asetnya di London sebelum kerajaan Britain menghukumnya, termasuk Chelsea yang amat dicintai.
Taikun Amerika dan Switzerland, Todd Boehly dan Hansjorg Wyss menjadi pendahulu untuk memenuhi permintaan 3 bilion pound (RM16.6 bilion) yang diminta Abramovich tetapi Bayrak mendakwa dia akan ‘mengibarkan bendera Turki di London tidak lama lagi’.
“Kami sedang merundingkan syarat pembelian Chelsea dengan peguam Roman Abramovich.
“Kami dalam fasa rundingan untuk tandatangan. Kami akan mengibarkan bendera Turki di London tidak lama lagi.
“Kami membuat tawaran kami. Disebabkan perang Rusia dan Ukraine, mereka mendapati Turki tempat yang selamat untuk menyimpan wang.
“Kami merancang untuk menandatangani perjanjian tidak lama lagi,” kata Bayrak kepada portal Yeni Safak.
Bayrak adalah ketua Mutki Tribe of Bitlis, antara keluarga berpengaruh di Turki, malah beliau juga Pengerusi Lembaga AB Group Holding yang mempunyai pelaburan dalam sektor kripto, pembinaan, pelancongan dan tenaga.
Kumpulan AB, yang diasaskan Bayrak pada 1999 berpangkalan di Istanbul tetapi juga beroperasi di Itali, Greece dan Sepanyol. Syarikat itu, yang didakwa bernilai AS$11 bilion (RM46 bilion) dikatakan mempunyai pelaburan di London.
“Roman Abramovich telah mengesahkan bahawa dia akan menjual Chelsea, yang dibelinya pada 2003, di laman web rasmi kelab. Peguam Holding kami dan peguam Roman Abramovich telah berhubung sejak hari pertama Chelsea memasuki proses jualan.
“Proses rundingan telah berakhir dan kami merancang untuk menandatangani tidak lama lagi. Jualan ini juga sangat penting untuk Turki,” katanya. – AGENSI
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin kata pengundi Cina jangan takut, PAS sudah tinggalkan Hudud
- Tok Mat lipat Tajuddin
- Krisis Rusia-Ukraine: Jeneral Perang Rusia Dibunuh Penembak Tepat Di Ukraine
- PRN Johor: Cukup-cukuplah dikencing ‘Atuk’ selama 22 bulan
- Netizen Marahkan Tindakan Ibu Tangmo Nida Sanggup Maafkan Suspek Selepas Terima Pampasan
- Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO]
- Zeti dan keluarga terima dana 1MDB, Mahathir kata tidak tahu
- PRN Johor: Calon MUDA Menipu Ibu Sendiri, Apa Jaminan Tidak Menipu Pengundi?
- ‘Seriau Tengok’ Heboh Foto Mayat Tangmo Nida Tular Di Media Sosial, Netizen Malaysia Tolong Siasat.
- PPV Mega ditutup bermula 16 Mac – KP Kesihatan
- PM sahkan sempadan negara dibuka menjelang Hari Raya
- Isteri tikam zakar suami guna lembing, mangsa lari ke rumah ibu
- Muhyiddin Dan Mahathir Punca Kewangan Negara Tenat – Isham Jalil
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]
Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]
Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat