Wanita Terkejut Temui Ratusan Surat Cinta Penuh Kotak Di Bilik Rahsia

Wanita Terkejut Temui Ratusan Surat Cinta Penuh Kotak Di Bilik Rahsia

SEORANG wanita terkejut selepas menemui bilik rahsia yang dipenuhi dengan surat cinta di bahagian loteng rumahnya.

Menurut Anna Prillaman, dia tidak mengetahui wujud bilik rahsia sehinggalah menemui panel pintu semasa membersikan loteng di rumahnya.

Ujarnya, pintu tersebut tidak berkunci namun diikat dengan selak bagi mengelakkannya terbuka.

Katanya, selepas membuka pintu tersebut dia mendapati terdapat ratusan surat cinta yang ditulis kepada seorang wanita bernama Betty Sue.

Kerana ingin mengetahui pemilik nama Betty Sue dan Vance yang tercatat dalam surat cinta itu, Anna berkata, dia kemudian memuat naik gambar surat berkenaan ke laman sesawang

“Tidak lama kemudian, seorang lelaki muda bernama Dalton Long yang tinggal di Portland, Oregon tampil mengesahkan bahawa dia mengenali pasangan itu dan mengatakan bahawa kedua-duanya adalah datuk serta neneknya,” ujar Anna.

Munurutnya lagi, surat cinta yang ditulis juga menggunakan ayat yang betul dari segi tatabahasa.

“Salah satunya tertulis ‘Hi Honey. How is my baby getting along? When we’re not together I know just the right words that I would use in telling you everything. But when we’re together all I can think of is ‘I love you. Vance’,” ceritanya lanjut. – Mirror 

Wanita Terkejut Temui Ratusan Surat Cinta Penuh Kotak Di Bilik Rahsia

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker