Muhyiddin Menipu Dan Terus Menipu

Oleh Nurul Aishah

Nampak ketara Muhyiddin panik di pilihanraya negeri Johor. Nampak serba tidak kena. Nampak sangat beliau tidak tahu apa yang perlu dibuat untuk memenangi hati pengundi di sana.

Mungkin kerana tekanan yang melampau akibat kekalahan teruk di pilihanraya negeri Melaka tempohari. Penolakan rakyat terhadap parti yang dipimpinnya semakin jelas maka Muhyiddin terpaksa merapu dan menipu ketika di pentas ceramah.



Naratifnya adalah menyerang Najib Razak dan Zahid Hamidi dengan ‘menjual’ nama Hadi Awang dan Azmin sebagai saksi.

Bermula dengan isu Zahid datang mengadap beliau merayu supaya dibantu gugurkan kes yang di hadapi di mahkamah. Apabila Zahid menafikan dengan bersumpah laknat dan menyatakan akan menyaman Muhyiddin kerana menipu, serangan fitnah perkara yang sama di halakan kepada Najib Razak.

Najib juga menafikan sekerasnya menyebabkan Muhyiddin semakin hilang arah dan mula menyerang Najib dengan menjaja label ‘Najib perompak’, ‘Najib banduan’ dengan merujuk kepada mahkamah telah menjatuhkan hukuman kepada bekas Perdana Menteri itu. Walaupun kes Najib masih di peringkat rayuan namun bagi Muhyiddin, itulah peluru terbaik untuk mengalahkan UMNO BN di Johor.

Muhyiddin tidak mampu melihat kebangkitan sokongan rakyat Johor terhadap UMNO BN. Kemana sahaja Muhyiddin pergi, sedikit sangat bilangan pengundi datang ke majlis beliau berbanding dengan sambutan rakyat Johor terhadap Najib Razak.



Walaupun tawaran atau janji melalui manifestonya meletakkan ‘air percuma’ kepada rakyat Johor namun kerana rakyat sudah hilang kepercayaan kepada PPBM yang pernah menipu ketika pilihanraya umum ke 14.

Nama gabungan baharu PPBM dan PAS, perikatan nasional tidak menjamin watak menipu menjadi bersih kerana individu yang sama masih kekal memimpin.

Selagi kepimpinan baharu tidak ditukar 100% maka label perikatan nasional tidak akan mengubah persepsi landskap politik negara.

Strategi terbaik adalah Muhyiddin wajar meletak jawatan bersama dengan barisan kepimpinan yang pernah bersama pakatan harapan pimpinan DAP.



Paling baik, padamkan terus PPBM dari pendaftaran.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker