Ahmad Idham, Eizlan Yusof ditamatkan kontrak, menteri enggan komen

MUAR – Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah enggan mendedahkan sebab mengapa pihaknya menamatkan perkhidmatan pelakon, Dr Ahmad Idham Ahmad Nazri dan Datuk Seri Eizlan Yusof dalam kementerian.

Beliau sebaliknya berkata, pada kebiasaannya di dalam kontrak, penamatan perkhidmatan itu lazim berlaku.

“Saya tak boleh nak sebut. Biasanya dalam kontrak ini lazim berlaku dalam mana-mana kontrak.

“Kalau kita rasa perlu tamatkan, kita perlu tamatkan,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan ceramah kelompok di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada Khamis.

Turut sama dalam sidang akhbar terbabit adalah Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Saifuddin (tengah) bersama Tuan Ibrahim (kanan) pada sidang akhbar selepas mengadakan ceramah kelompok di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada Khamis.
Sinar Daily sebelum ini melaporkan bahawa perkhidmatan kedua-dua individu terbabit ditamatkan oleh Kementerian Luar.

Tanpa menyebut secara spesifik tarikh kontrak ditamatkan, Sinar Daily difahamkan ia berlaku dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Ahmad Idham dilantik sebagai setiausaha kebudayaan manakala Eizlan dilantik sebagai penasihat kreatif pada 1 November tahun lepas.

Sebelum pelantikan berkenaan, Ahmad Idham adalah ketua pegawai eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

PRN Johor: Muhyiddin Menipu Apa Hari Ini?

Hasil Forensik, Polis Dedah Temui Luka Besar Di Paha Tangmo Nida, Calar Di Badan Penumpang Bot

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker