PRN JOHOR : Anak Muda Perlu Buat Pilihan Tepat, Wujudkan Kurikulum Politik Kebangsaan

Oleh Leftenan Adnan

Ahli Dewan Muda Johor, Naim Rehman tidak terkecuali daripada sejarah Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor apabila akan mengundi buat kali pertama pada kali ini.

Dalam tempoh dua tahun dunia dilanda wabak Covid-19, ada yang kehilangan sumber pendapatan akibat ketiadaan pekerjaan, malah sistem pendidikan juga telah berubah secara drastik.

Menurutnya, pendidikan kurikulum politik kebangsaan amat penting buat pelajar sekolah apabila undi 18 mula diperkenalkan supaya sistem politik negara difahami anak muda.



“Kurikulum politik kebangsaan penting untuk pelajar sekolah menengah atas bagi mengajar tentang proses pilihan raya serta perbezaan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen.”

“Mengajak anak muda buka mata kenali calon di kawasan masing-masing. Pilihan yang dibuat demi kestabilan dan kemakmuran negeri tercinta. Memohon anak muda buat pilihan tepat dengan memilih calon yang berwibawa dan sentiasa turun padang.”

“Anak muda juga diseru jangan cepat percaya berita yang tidak sahih supaya tidak termakan hasutan tidak benar.”

“Semoga kerajaan selepas PRN ini memberi ruang kepada anak muda terus menyampaikan pandangan dan cadangan dalam membina polisi negeri ini.”



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker