Calon Melayu DAP, Sheikh Umar yakin dipilih semula di DUN Paloh
DAP terus yakin dengan kewibawaan SHEIKH UMAR BAGHARIB ALI untuk pertahankan kerusi Paloh. Kepada wartawan Utusan Malaysia, MUHAMAD AIMY AHMAD, Naib Pengerusi DAP Johor berumur 37 tahun ini mengakui tidak mahu berada dalam keadaan selesa.
Keyakinan bekas ahli Pas ini cukup tinggi. Mahu pengundi bijak menilai siapa yang perlu dipilih 12 Mac nanti.
Bertanding di kerusi sama beri kelebihan?
Saya beruntung diberi kepercayaan untuk berkhidmat di Paloh sebelum ini. Ini menjadikan saya lebih memahami kehendak dan keperluan rakyat Paloh. Keprihatinan dan segala projek yang kami jayakan bersama sebelum ini menjadi tanda aras komitmen saya kepada rakyat. Namun ini tidak bermaksud saya boleh rasa selesa. Tetapi akan terus mendekati dan merayu undi.
Ada dua calon Melayu DAP tanding kali ini termasuk Marina Ibrahim di Skudai. Apa yang cuba anda berdua sampaikan?
DAP hanya meneruskan kebiasaan sebagai parti berbilang bangsa. Kita mahu beri pilihan calon terbaik untuk semua rakyat, bukan mengikut kaum tertentu.
Dalam PRU-14 anda menang majoriti bawah 1,000 undi, tertekan kali ini?
Saya tak nafikan tekanan hebat tapi saya yakin rakyat mampu menilai prestasi kami sepanjang menjadi kerajaan. Kemudian sebagai pembangkang, tidak sekalipun Paloh terabai. Saya yakin jika diberi mandat untuk menerajui Johor semula, lebih banyak manfaat akan dapat dinikmati rakyat.
Keyakinan menang tetap tinggi?
Saya yakin rakyat semakin pintar pilih pemimpin yang benar-benar mahu berkhidmat. Dan bukan mereka yang sanggup bubarkan dewan negeri sedangkan rakyat masih belum pulih dari pandemik. Kita perlukan semua undi yang ada untuk tolak kumpulan mereka yang tamak kuasa.
Apa yang mahu diteruskan di Paloh?
Saya ingin pastikan kemenangan Pakatan Harapan di DUN Paloh supaya perkhidmatan yang baik dapat kami teruskan. Paloh kawasan luar bandar. Ramai anak-anak bekerja di perantauan. Apabila saya bertanding di Paloh ini, niat saya bukan semata-mata untuk bergelar seorang ‘YB’, tetapi saya ingin menjadi seorang anak, jiran tetangga, rakan dan sebahagian daripada keluarga besar Paloh.
Baca Artikel Menarik:
- PRN Johor: BN dilihat lebih terkehadapan – Penganalisis
- Hampir 400 Pelancong Terkandas Di Pulau Perhentian Ekoran Cuaca Buruk [VIDEO]
- BN Tidak Amal Politik Balas Dendam, ‘Kita Bukan Jenis Balas Dendam’
- Calon MUDA adalah calon kitar semula Pakatan Harapan
- Anwar kecewa dan kesal kerana mempercayai MUDA
- Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib
- Leissner sogok suami Zeti
- Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid
- Saya tak ada kroni – Mahathir
- Mahkamah tolak rayuan Anwar kembalikan semula saman kes liwat
- Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
- Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang
- M’sian Penthouse Adult Model Releases A Song & Netizens Are Amazed By The MV And Her Voice
- Gempar! Babi Hutan Pecah Masuk Rumah, Selamba Lepak Atas Sofa
- Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]
Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin