14 Pemancing, 4 Kru Hilang, Bot Dikhuatiri Karam Di Perairan Langkawi

14 Pemancing, 4 Kru Hilang, Bot Dikhuatiri Karam Di Perairan Langkawi

Sebuah bot membawa empat kru dan 14 pemancing dilaporkan hilang dan dikhuatiri karam dipercayai akibat dipukul ribut di kedudukan 9.4 baru nautika barat Pulau Beras Basah, dekat sini, hari ini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, kejadian itu dipercayai berlaku jam 2 petang tadi.

“Bot KM Tenggol, Bot Perkasa 1225 dan Bot Penyelamat 5 telah diatur gerak bagi operasi Carilamat (SAR) sebaik menerima laporan daripada MRSC Langkawi,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.Maritim Malaysia masih menjalankan operasi SAR untuk mengesan bot terbabit dan semua mangsa.
Maritim Malaysia masih menjalankan operasi SAR untuk mengesan bot terbabit dan semua mangsa.

Katanya, maklumat kejadian turut disalurkan kepada agensi sahabat termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta komuniti nelayan setempat.

Katanya, sektor operasi diperluaskan dari lima batu nautika hingga ke 10 batu nautika berikutan penemuan beberapa objek timbul seperti tong ikan, tin biskut dan gabus yang dipercayai milik bot berkenaan.

“Penemuan barangan tersebut adalah pada jarak 4.8 batu nautika, barat daya dari posisi akhir bot berkenaan dilaporkan hilang.

“Sehingga kini pencarian masih dilakukan bagi mengesan bot mereka,” katanya.-AA

14 Pemancing, 4 Kru Hilang, Bot Dikhuatiri Karam Di Perairan Langkawi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Dakwaan petunjuk baharu MH370

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker