Terkejut Gigi Tumbuh Dalam Hidung

Terkejut Gigi Tumbuh Dalam Hidung

PUNCA seorang lelaki mengalami masalah pernafasan melalui hidung selama bertahun-tahun akhirnya terjawab.

Lelaki berkenaan terkejut apabila mendapati terdapat sebatang gigi tumbuh di dalam lubang hidung kanannya.



Susulan masalah pernafasan, lelaki berusia 38 tahun itu berkunjung ke sebuah klinik dan pemeriksaan awal mendapati dia diagnosis mempunyai septum yang menyimpang dan taji septum yang berkalsifikasi.

Doktor melakukan rhinoskopi, prosedur untuk memeriksa hidung dan mendapati objek putih tumbuh di dalam hidungnya.

Ia dikenal pasti sebagai gigi ektopik di mana sememangnya tumbuh di dalam hidung.



Ektopik adalah istilah perubatan yang bermaksud sesuatu yang berada di tempat atau kedudukan yang tidak normal, yang sangat jarang berlaku.

Menerusi The New England Journal of Medicine, Sagar Khanna dan Michael Turner menulis: “Pemeriksaan fizikal hidung menunjukkan sisihan septum, taji septum berkalsifikasi, dan perforasi dua sentimeter pada septum posterior.”

Dalam pada itu, gigi yang tumbuh di dalam hidung lelaki itu berjaya dikeluarkan.



“Gigi itu telah dikeluarkan menerusi pembedahan oral dan otolaryngologic melalui pendekatan intranasal. Ia berukuran 14 milimeter (mm) panjang.

“Tiada komplikasi selepas pembedahan. Menerusi pemeriksaan selepas tiga bulan, pesakit tidak lagi mengalami gejala hidung tersumbat,” kata pakar. – Daily Star

Terkejut Gigi Tumbuh Dalam Hidung

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Dakwaan petunjuk baharu MH370

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker