Sekolah cina Foon Yew berterima kasih dan hormat kepada Najib

Sekolah Menengah Foon Yew di Seri Alam, Johor Bahru menerima kunjungan bekas PM Najib Razak dalam jelajah kempen PRN Johor.

Dalam ucapan Najib di sekolah itu berkata penubuhan sekolah persendirian Cina itu pada 2013 tidak akan menjadi kenyataan jika ia diserahkan kepada menteri pendidikan pada masa itu.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin adalah menteri pendidikan pada 2009 hingga 2015 di bawah pentadbiran Najib.



Dalam kunjungan itu, Najib diundang untuk menyampaikan ucapan, di mana dia berkata bertegas untuk meluluskan pembinaan sekolah itu pada 2013 walaupun dibantah menteri pendidikan pada masa itu.

“Walaupun menteri pendidikan ketika itu tak setuju, saya tak ingin sebut nama…tapi saya, sebagai perdana menteri, arahkan kelulusan untuk pembinaan sekolah Foon Yew baru.

“Ini adalah sumbangan kita kepada masyarakat Cina kerana saya percaya pilihan pendidikan perlu diberikan kepada rakyat,” katanya.

Menurut Najib, Malaysia tidak melaksanakan langkah asimilasi seperti Indonesia dan Thailand, tetapi memilih jalan integrasi yang berdasarkan keterangkuman dan saling hormat.



“Di Malaysia kita amalkan integrasi. Kita hormat agama, budaya dan gaya hidup satu sama lain. Ini keadaan di Malaysia dan kita dapat hidup dengan aman.”

Dengan PRN Johor yang semakin dekat, Najib menggesa masyarakat Cina agar tidak membazirkan undi mereka kepada parti politik yang “tidak dapat membentuk kerajaan”.

Dia juga memetik kata pepatah Cina yang berkata orang yang minum daripada sebuah perigi tidak harus melupakan orang yang menggalinya – yang membawa maksud berterima kasih.

“Saya tak lihat PH mampu tubuhkan kerajaan. Mustahil. Saya tak lihat PKR, Bersatu dapat tubuh kerajaan, begitu juga Muda. Tetapi saya lihat hanya BN ada kemungkinan untuk memang besar.



“Jika kita dapat tubuhkan kerajaan yang kuat dan stabil, kita dapat lakukan banyak perkara. Seperti yang saya lakukan ketika pentadbiran saya (dengan menubuhkan sekolah Cina yang baru,” katanya lagi.

Sekolah Menengah Foon Yew adalah sekolah Cina berprestij dan terbesar di Malaysia, dengan tiga cawagan di Johor – Johor Bahru, Kulai dan Seri Alam.

Najib juga meluluskan pembinaan cawangan sekolah itu di Kulai ketika menjadi menteri pendidikan pada 1999.

Pihak sekolah berterima kasih



Kunjungan Najib semalam dilihat kontroversi memandangkan dia telah disabitkan bersalah ke atas tuduhan rasuah, pengubahan wang haram dan salah guna kuasa dalam kes dana SRC International.

Dia kini dalam proses rayuan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta di Mahkamah Persekutuan.

Pada masa sama, bekas perdana menteri itu dilihat kekal popular dengan tagline Malu Apa Bossku.

Pengerusi Sekolah Menengah Foon Yew Tay Chin Hein berkata mereka tidak ingin mencetuskan sebarang salah faham.



“Dia meluluskan pembinaan cawagan sekolah pertama di Kulai, dan kemudian di Seri Alam. Kita berterima kasih kepadanya.

“Jadi apabila dia kata ingin datang, tentulah kita sangat alu-alukan. Kita sambut dia dengan rasa berterima kasih dan fikiran yang terbuka,” katanya lagi.

Dia juga menyifatkan Najib sebagai pemimpin yang dekat dengan rakyat dan senang untuk berkomunikasi.

Jika bukan kerana Najib, katanya lagi, sekolah itu tidak akan berada di kedudukannya sekarang.



Sekolah cina Foon Yew berterima kasih dan hormat kepada Najib


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Dakwaan petunjuk baharu MH370

Encik Sajat kini wanita sah di Australia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker