Kerajaan dukacita perkembangan di Ukraine

Kerajaan dukacita perkembangan di Ukraine

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bahawa kerajaan berdukacita dengan perkembangan yang berlaku di Ukraine.

Menerusi ciapannya di Twitter, beliau berkata, keutamaan kerajaan pada masa ini adalah memastikan Keluarga Malaysia di Ukraine berada dalam keadaan selamat.

“Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Kiev kini berusaha memberikan perlindungan dan menyediakan tempat selamat untuk rakyat Malaysia sebelum mereka dapat pulang ke Malaysia.

“Saya dimaklumkan bahawa terdapat 23 warganegara Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Kiev, 12 orang telah pulang ke tanah air manakala 11 orang masih di sana,” ciapnya hari ini.

Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, Malaysia berharap agar satu jalan penyelesaian damai yang terbaik di antara Ukraine dan Rusia dapat segera dicapai, seterusnya berjaya menyelesaikan konflik tersebut.

Rusia hari ini melancarkan serangan terhadap Ukraine, dengan tentera negara tersebut dilaporkan telah menyeberang masuk ke Ukraine menerusi beberapa arah. K Online

Kerajaan dukacita perkembangan di Ukraine


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Dakwaan petunjuk baharu MH370

Encik Sajat kini wanita sah di Australia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker