Pelaburan Asing Jatuh Atau Naik? Data Betul Atau “Fake”?

Oleh Nurul Aishah

MASIHKAH kita ingat ketika Pakatan Harapan(PH) memerintah, Menteri Kewangan PH Lim Guan Eng memalukan negara dengan memberi laporan salah titik perpuluhan?

Adakah negara perlu dimalukan sekali lagi dengan data palsu berkenaan pelaburan asing di negara kita?

Baru-baru ini Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak seolah-olah menipu ketika membandingkan pencapaian dua kerajaan yang pernah mentadbir negara sebelum ini iaitu Perikatan Nasional PN dan Pakatan Harapan (PH).

Pembangunan ekonomi kalau kita tengok, pelaburan luar ada peningkatan yang cukup ketara sebagai mana yang dilaporkan oleh Menteri Kanan MITI – Mansor Othman

Sebagaimana yang kita tahu Menteri Kanan Miti itu lebih kurang Lim Guan Eng juga. Data mereka kurang boleh dipercayai.

Fakta sebenar tidak boleh ditutup dengan data separuh betul atau lebih tepat palsu. Data rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan pelaburan asing asyik jatuh selepas PRU14 ketika PH dan PN menjadi kerajaan.

Malah United Nations pun mendedahkan pelaburan asing kita jatuh ke paling teruk di ASEAN.

Malaysia menjadi negara yang paling rendah di Asean menerima pelaburan langsung asing (FDI) untuk tahun 2020, kata United Nations report on Trade and Development (UNCTAD) semalam. Malaysia juga menjadi negara yang paling banyak mengalami kejatuhan dalam FDI pada tahun lepas iaitu 68 peratus.- Malaysiadateline 28 Jan 2021

Jadi, Rakyat Malaysia perlu percaya kepada siapa? Adakah kita perlu percaya Jabatan Perangkaan Malaysia dengan United Nations atau kita mahu percaya Menteri Kanan MITI (yang mukanya pun kurang jelas dalam video dan gambar)? Mana yang faham, fahamlah.

Mansor dikatakan sentap apabila Datuk Seri Najib yang juga Penasihat BN membidas pengurusan ekonomi PH dan PN apabila berlaku penjualan banyak aset negara untuk melangsaikan hutang dengan menyifatkan ia sebagai gali lubang, tutup lubang.

Memang betul rakyat bukan seperti dahulu yang mudah ditipu oleh PH dan PN. Kini rakyat telah sedar. Akhirnya pemulihan ekonomi sahaja yang mampu menyelamatkan Malaysia dari terus terjerumus dalam lubang yang digali oleh PH dan PN. Dan kita sangat maklum bahawa hanya Barisan Nasional sahaja mampu memulihkan ekonomi negara.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker