Britain umum sekatan terhadap Rusia

Perdana Menteri Boris Johnson pada Selasa mengumumkan Britain akan mengenakan beberapa sekatan ke atas Rusia susulan perkembangan terkini di Ukraine.

Beliau berkata Britain akan mengenakan sekatan terhadap lima bank Rusia dan tiga individu, lapor Xinhua.

“Sebarang aset yang mereka pegang di United Kingdom (UK) akan dibekukan, individu terbabit juga dilarang melancong ke sini, dan kami akan melarang semua individu serta entiti UK membuat sebarang urusan dengan mereka,” katanya.



Tambah beliau, Britain tidak berputus asa untuk mencari penyelesaian diplomatik berhubung situasi di Ukraine.

Menurut laporan, Rusia berikrar untuk bertindak balas jika sekatan baharu dikenakan.

Putin pada Isnin berkata beliau sedar bahawa Barat cuba “mengugut” Rusia sekali lagi dengan sekatan, tetapi yakin tindakan itu tetap diteruskan hanya kerana kewujudan Rusia dan bukannya disebabkan keadaan di Ukraine.

– Bernama




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rasyad dan Peter ‘trending’ di Twitter



Wanita Ini Menyesal Tak Sudah Dapat ‘Date Dari Neraka’ [VIDEO]

Bercerai selepas sehari berkahwin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker