Wanita UMNO Pasir Salak Terus Komited Turun Padang Santuni Rakyat
Wanita UMNO Pasir Salak Terus Komited Turun Padang Santuni Rakyat

PASIR SALAK, 16 Dis – Ketua Wanita UMNO Pasir Salak, Datin Sri Rahayu Tajuddin menegaskan komitmen berterusan untuk terus turun padang menyantuni rakyat serta mendekati denyut nadi masyarakat di kawasan berkenaan.
Menurut beliau, khidmat bakti kepada rakyat bukan sekadar aktiviti bermusim, sebaliknya merupakan amalan berterusan yang akan diperkukuhkan dari semasa ke semasa sejajar dengan tanggungjawab sosial yang telah lama menjadi teras perjuangan UMNO.
“Wanita UMNO Pasir Salak digerakkan dengan pelbagai inisiatif termasuk program bantuan dan kemasyarakatan bagi memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.
“Agenda membantu rakyat tidak pernah terhenti, malah dilaksanakan secara konsisten kerana inilah prinsip parti UMNO sejak dulu, kini dan selamanya,” katanya selepas mengadakan program Titian Kasih di Kampung Parit 6/6, Pekan Rabu di sini, baru-baru ini.
Beliau turut menegaskan bahawa setiap lapisan masyarakat di Pasir Salak sentiasa diberi perhatian agar tidak terpinggir, malah UMNO terus komited biarpun bukan wakil rakyat di kawasan tersebut.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UEC: Bertentangan Dengan Akta 550 Dan Tidak Selari Dengan Dasar Pendidikan Nasional – Mahdzir Khalid
- RXZ Members Ride Edition Melaka Meriah
- Kes Tuntutan Sulu: UMNO Jelas Konsisten Jadi Pembela Serangan Luar, Dalam
UEC: Jangan Jadikan Modal Politik, Hormati Suara Majoriti Rakyat- Farhan Ahmad
“Setiap aduan dan keperluan rakyat akan diambil perhatian kerana rakyat adalah nadi perjuangan kita. Sumbangan yang disalurkan bukan sahaja diharap dapat memberi kelegaan kepada penerima, tetapi yang lebih penting, ia menjadi bukti bahawa UMNO sentiasa bersama rakyat dalam susah dan senang,” ujarnya.
Dalam pada itu, Sri Rahayu menzahirkan keprihatinan khusus terhadap nasib golongan warga emas, ibu tunggal serta mereka yang berdepan dengan ujian masalah kesihatan.

Katanya, golongan ini memerlukan sokongan berterusan dan perhatian yang lebih dekat agar kebajikan mereka terus terjamin.
“Pelaksanaan gerak kerja turun padang sebegini merupakan tradisi yang telah sebati dengan perjuangan UMNO. Melalui pendekatan ini, kita bukan sahaja dapat menyampaikan bantuan, malah lebih dekat dengan rakyat dan berpeluang mendengar sendiri keluhan serta permasalahan yang mereka hadapi,” katanya.
Tambah beliau lagi, Wanita UMNO Pasir Salak akan terus memperhebatkan program-program kemasyarakatan demi memastikan hubungan erat antara parti dan rakyat kekal kukuh, selari dengan aspirasi untuk memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan masyarakat secara menyeluruh. – UMNO Online
Wanita UMNO Pasir Salak Terus Komited Turun Padang Santuni Rakyat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Isu UEC Perlu Dinilai, Tolak Sentimen Emosi Atau Perkauman – Rushamizan
- Senario MIC: Tidak Salah Kenyataan Presiden UMNO – Hafiz Ariffin
- UMNO Sabah Perkukuh Semangat Perjuangan Pasca PRU DUN Sabah – Samasuddin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jamal Nerubi Hargai Kejayaan, Kemenangan Kes Sulu Pertahan Maruah Negara
You must be logged in to post a comment.