Zawawi ganti Khairuddin jadi Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS

Zawawi ganti Khairuddin jadi Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS

Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Khairuddin Aman Razali mengucapkan tahniah kepada Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Nik Muhammad Zawawi Salleh yang dilantik ke jawatan itu.

“Sekalung tahniah diucapkan kepada Nik Muhammad Zawawi Salleh, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II atas pelantikan sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS yang baharu,” tulisnya di Facebook petang tadi.



Terdahulu, Khairuddin melalui catatan berasingan pada petang tadi berkata, beliau dijemput menghadiri mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS yang diadakan secara hibrid pada malam semalam sebagai Ahli dan Setiausaha majlis itu.

Dalam mesyuarat itu, katanya, beliau mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli dan Setiausaha Majlis Syura Ulama berdasarkan peruntukan Perlembagaan parti itu.

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada PAS yang memberi peluang untuk saya berkhidmat sebagai Ahli Majlis Syura Ulama sejak 2013, seterusnya Setiausaha Majlis Syura Ulama sejak 15 Dis 2020.

“Rakaman jutaan terima kasih juga kepada Mursyidul Am, Hashim Jasin dan semua Ahli Majlis Syura Ulama yang telah bertindak selaras dengan Perlembagaan PAS untuk mengelakkan sebarang krisis Perlembagaan parti.”



Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata, beliau akan terus menjalankan amanah sebagai Ahli Parlimen PAS dan tugasan lain dalam parti. FMT

Zawawi ganti Khairuddin jadi Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Rumah Kampung di Bota berusia lebih 100 tahun dialih ke Alor Setar

Pesawat MAS Mendarat Sewaktu Taufan Eunice Melanda UK (Video)



Ogy belasah Nazief, viral sehingga ke Rusia (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker