Tembikai banjir hanya 50 sen sekilogram
Kejadian kebun tembikai seluas 161 hektar di Kampung Pak Makyong dan Tok Bali di sini yang digenangi banjir baru-baru ini menyebabkan harga borong buah itu jatuh merudum 50 sen sekilogram.
Harga tersebut jauh lebih rendah berbanding harga borong semasa iaitu RM1.50 sekilogram, memaksa pekebun mencari alternatif menjual sendiri tembikai kepada orang ramai di tepi jalan dengan harga RM1 sekilogram.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, wakil penanam, Zamri Mat Hassan, 51, berkata, mereka terpaksa menjual sendiri tembikai ditanam tanpa melalui orang tengah atau pemborong bagi mengelak kerugian lebih besar.
“Air bergenang dalam kebun selepas hujan lebat selama tiga hari dan gagal mengalir ke laut kerana bertembung dengan air sungai pasang besar. Akibatnya, hanya 50 peratus tembikai berjaya diselamatkan.
“Oleh kerana ia dituai serentak tidak mengikut jadual, berlaku longgokan ketika ini. Kalau jual juga kepada pemborong dengan harga 50 sen sekilogram, kami rugi lebih besar, jadi baik jual sendiri dengan harga RM1 sekilogram,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Katanya, musibah yang berlaku itu menyebabkan penanam gagal melunaskan hutang membajak, baja dan lain-lain input pertanian diperoleh secara berhutang bagi pengurusan penanaman.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim bersama Ketua Jajahan Pasir Puteh, Ahmad Adlee Yasin meluangkan masa turun padang melawat ke kebun tembikai yang terjejas.
Ahmad Adlee ketika ditemui berkata, pihaknya akan mendapatkan statistik yang tepat dari Jabatan Pertanian sebelum memohon bantuan khas Kerajaan Negeri Kelatan untuk meringankan beban penanam.
“Pejabat ADUN turut mengemukakan permohonan kepada Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) untuk menjadikan jelapang tembikai di kawasan ini sebagai anak angkat KADA dalam aspek keperluan pengurusan dan hal ehwal yang berkaitan,” katanya.
Minggu lalu, akhbar ini melaporkan pekebun tembikai di sekitar daerah ini dan Bachok berdepan kerugian mencecah RM500,000 apabila kebun mereka dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat.
Difahamkan, sebahagian kecil tembikai terpaksa dituai lebih awal walaupun belum matang manakala sebahagian besar lagi pokok yang sedang berbunga dan berputik rosak akibat digenangi air banjir.
Tembikai banjir hanya 50 sen sekilogram
Baca Artikel Menarik:
- Chef Wan fitnah saya – Shikin Maembong
- Kerja Pengerusi MPN tak selesai nak jadi Penasihat Johor
- Khairuddin buktikan kejantanan! Umum letak jawatan
- Sumpah LAKNAT: Zahid sedia, Muhyiddin ada berani?
- Nak saya jadi juri, buat yang ini dahulu – Hattan
- Pusat kesihatan rupanya sarang pelacuran
- Lelaki Ini Berani Sungguh Dan Selamba Bersenam Di Balkoni Tingkat 12 Pangsapuri [VIDEO]
- Buaya ‘merayau’ terkejut kerana ditangkap
- Datuk Seri berimej warak rupanya scammer skim pelaburan
- Nak bocor apa, orang awam pun tahu kewangan negara – Tengku Zafrul
- Tinggalkan UMNO satu ibadah, dalil terbaru Muhyiddin
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rumah Kampung di Bota berusia lebih 100 tahun dialih ke Alor Setar
Pesawat MAS Mendarat Sewaktu Taufan Eunice Melanda UK (Video)
Ogy belasah Nazief, viral sehingga ke Rusia (Video)
You must be logged in to post a comment.