Hishammuddin positif Covid-19

Hishammuddin positif Covid-19

Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Hussein disahkan positif Covid-19 dan kini sedang menjalani tempoh isolasi mengikut ketetapan semasa oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Pejabat Menteri Kanan Pertahanan dalam kenyataan memaklumkan, Hishammuddin yang sudah menerima dos penggalak menjalani ujian pengesanan Covid-19 jenis RT-PCR secara berkala selain turut kerap melakukan ujian pengesanan secara kendiri melalui kaedah RTK Antigen.

“Kali terakhir beliau menjalani ujian pengesanan jenis RT-PCR dan mendapat keputusan negatif Covid-19 ialah pada Jumaat, 18 Feb,” menurut kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, Ahli Parlimen Sembrong itu akan terus memantau dan menjalankan tugas-tugasnya yang sesuai dilaksanakan sepanjang tempoh isolasi.

“Marilah kita sama-sama mendoakan, semoga beliau dan setiap individu yang dijangkiti wabak Covid-19 ketika ini segera dikurniakan kesembuhan oleh Allah SWT seterusnya dapat kembali menjalani rutin harian seperti sediakala,” tambah kenyataan itu. FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Hishammuddin positif Covid-19


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TERKINI: Komando GGK patahkan cubaan ‘pengganas’ tawan stesen MRT Cheras

Finalis Ratu Cantik Dikritik Kerana Posting Rasis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker